tasekM

Ini blog sampah!

Monday, February 18, 2013

Tragedi 17 Februari

Gedeganggggg...!!!!
 
Tiba-tiba aku rasa dunia aku gelap. 
Dan bila aku buka mata.
Aku dah terlentang atas lantai.

Badan aku sakit.
Aku tengok badan aku.
Kepala lutut kanan dan siku kiri aku melecet.
Ada darah sikit-sikit.
Yang paling aku ingat.
Kepala aku terhentak bendul pintu bilik air.

Aku bangun.
Telinga kiri rasa berdengung-dengung.
Aku rasa dunia berpusing-pusing.

Punca kejadian: Tergolek selepas berlari dari bilik ke bilik air sambil melompat ninja dari luar tandas akibat tak tahan nak terkencing.

Kesan jangka pendek: Sengal tengkuk dan lengan kiri.

Kesan seumur hidup: Alignment  badan lari. Susut nilai meningkat 10 peratus.




.

Monday, January 14, 2013

Selamat Berhari Isnin

Selamat pagi Isnin, kawan-kawan.

Selamat bekerja.

Lompat-lompat sikit.
Semangat sikit.






Huaaarrrrggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.....!!



.

Friday, January 11, 2013

Lepat?



'Tiger... Tiger...', jerit seorang budak perempuan dengan teruja.
'Itu bukan tiger... Itu lepat..!', kata Si Bapa.





.