Ini blog sampah!

Wednesday, May 28, 2008

Haji Celup!

Lama dulu.

Aku di pekan Telu* Inta*. Menelefon ke rumah. Minta atuk jemput. Aku tunggu di bus station. Di pekan itu.

Setelah jemu menunggu, aku nampak kelibat atuk. Menunggang motor cap hondanya. Gaya separa rempit. Orang tua....

Berhenti di hadapan aku.

"Tok, helmet kakak mana? " Aku bertanya. Musykil. Tiada helmet lain yang dia bawa bersama.

"Nah". Dia tanggalkan helmet di kepalanya. Serahkan pada aku. Kemudian.

Atuk seluk poket seluarnya. Aku nampak sehelai selendang. Warna putih. Dan. Kemudian. Atuk belit-belitkan selendang itu atas kepala separa botaknya.

"Serban". Atuk.

Ceh. Haji Celup rupanya. Bantai la tok..... Asal polis tak tahan!.

p/s Atuk hanya dihajikan selepas dia tiada... Terima kasih tok kerana bela kakak...

Monday, May 26, 2008

Teh Uncang Sabah

Terima kasih untuk adinda Tiqah
atas cenderahati ini
teh uncang sabah
kalau frame boleh ke hah?
:)

Friday, May 23, 2008

Jodoh Mati

Di hutan Sintok itu. Seakan menjadi tradisi. Setiap semester, ada sahaja pelajar yang meninggal dunia. Macam-macam punca. Accident motor la. Mati lemas la.

Sebenarnya memang dah ajal.

Satu hari kami menerima berita sedih kematian seorang sahabat. Bukan sahabat rapat tapi sahabat sekuliah. Seorang kawan aku tiba-tiba berkata,

"Janganlah itu jodoh aku...,".

"Apsal pulak...?". Kata aku.

"Ye lah... Kita ni dijadikan berpasangan. Kalau jodoh kita mati dulu, kita tak kahwin la sampai bila-bila...,".

Hmmm.... Boleh pakai ke teori tu?. Sekali fikir macam logik. Entah....!

Wednesday, May 21, 2008

Aku Yang Cuai...

Aku sungguh cuai.

Semalam. Belek-belek handbag. Tiba-tiba darah aku tersirap. Jantung terasa berhenti sekejap.

Mana ni? Hari tu aku letak sini. Aku pasti. Amat pasti. Jam tangan ada. Cincin tak ada....

Cincin kahwin aku hilang.

Aku sungguh cuai.

* * * * *

Sabtu lepas. Balik kampung Si Dia. Di Taman Berjay*. 'Kayuhijau'. Keh keh keh. Kampung la sangat 'Kayuhijau' tu. Kampung yang jalan rayanya jammed manjang.

Isnin. Balik semula ke Melaka. Singgah di office untuk solat dan bereskan sedikit kerja (nak mengadap blog sebenarnya). Sebelum ambil wuduk aku tanggalkan jam dan 2 bentuk cincin. Simpan dalam handbag. Poket tepi. Tak ada zip.

* * * * *

Cincin tu aku terima semasa aku sah bergelar isteri. Sebentuk lagi cincin mas kahwin. Opah aku pesan, duit mas kahwin tu 'diikat' cincin. Jika tidak wang itu akan habis begitu sahaja.

* * * * *

Aku ni dah la tak serupa orang lain. Kalau handbag orang lain dijaga baik, handbag aku tonggang terbalik. Kalau aku rasa malas nak bawa, aku selitkan saja bawah seat kereta. Lantak la kau situ.

Dengan cara aku menjaga handbag yang amat 'rapi' ini, aku syak cincin tu dah tercicir entah di mana.

* * * * *

Aku minta Si Dia tolong cari cincin tu. Dia cari dalam kereta.

Jumpa. Bawah seat.

Aku sengeh je. Lain kali sila tonggang terbalikkan lagi handbag tu ye Tasik.....

* * * * *

Thursday, May 8, 2008

Sorry... Aku Tak Kenal Dia...

Sabtu 2 minggu yang lalu. Aku ke majlis anjuran DBP, Bicara Karya Sastera Negeri Melaka 2008. Bertempat di sebuah institut pelahir guru. Majlis ilmu itu membentangkan 3 karya 3 orang penulis yang dibentangkan oleh 3 orang panel yang pakar dalam bidang bahasa.

Karya pertama milik Ria Asm*ra. Karya kedua milik Muhd. Mans*r Abdullah. Karya ketiga milik ayahanda. Ayahanda dia. Tetapi beberapa tahun yang lalu telah menjadi ayahanda aku juga.

Dewan itu sederhana besar. Sejuk. Cantik. Selesa. Hampir menyerupai dewan kuliah.

Aku duduk di barisan ketiga dari belakang. Bersama bonda. Bersama Muhammad Cerdik juga. Ayahanda duduk di hadapan. Dia perlu beri kata-kata. Di hujung majlis itu.

Muhammad Cerdik adalah manusia termuda di dewan itu.

Acara bermula. Jam 9.45 pagi. Lebih kurang. 15 minit berlalu dengan acara cakap-cakap, Muhammad Cerdik sudah mula bosan. Orang bercakap di hadapan, dia menyanyi di belakang. Aku kata diam. Dia buat muka garang. "Arrggghhhhhh.......". Dia.

Pembentangan bermula. Muhammad Cerdik mula beraksi. Dia duduk. Seminit. Dia berdiri. Berminit-minit. Dia main kerusi. Malas nak kira berapa minit.

Sesekali dia berbisik di telinga aku. " Orang tu cakap banyak.... Orang tu cakap banyak...!". Aku bisik balik. " Ini memang majlis cakap-cakap, tapi engkau tak boleh cakap".

"AArrgghhhh.....!". Dia protes. Aku tak kuasa layan. Aku mendengar pembentangan diselangi gangguan-gangguan yang dicetuskan oleh Muhammad Cerdik.

Panel pertama tamat membentang. Panel kedua menyambung. Dan tiba-tiba..

"Huuuuuaarrgghhhhhhhhhhhhhhh........!!!".

Dia menguap. Tak hengat dunia.

Hampir separuh isi dewan mengalih pandangan dan tumpuan kepadanya. Ke arah aku juga. Sekali gusnya. Separuh dewan ke hadapan mungkin tidak mendengarnya. Jika tidak, aku syak mahu tergendala seketika bicara karya mereka.

"Errkkk... Sorry aku tak kenal dia....".

Tuesday, May 6, 2008

Tak Baik Cakap Babi

Di suatu masa. Melihat haiwan yang membawa rumah ke mana-mana. Berjalan lambat amat.

"Apa tu?".

"Siput babi".

"Tak baik cakap babi".

"Errkk...".

* * * * *

Di lain masa. Terlihat haiwan sama. Di tempat yang tak sama. Dia tanya lagi. Mungkin dia lupa.

"Apa tu?".

"Snail".

"Oooo... snail".

Lega.

* * * * *

Di lain kalinya. Sedang dia membaca buku bergambar. Bertanya lagi dia.

"Snail tu bahasa Inggeris ya..?".

"Ya".

"Bahasa Malaysia cakap apa?".

"Siput babi".

"Tak baik cakap babi".

"Errrkkkkk........".

Malas nak explain. Dia hanya berumur belum cukup 5 ketika itu. Kalau dijelaskan juga, di lain masa dia akan ulang ayat yang sama. "Tak baik cakap babi". Sebab ayat itu aku yang ajar padanya....

* * * * *

Bila tiba masanya nanti, kau akan faham jua..

* * * * *

Friday, May 2, 2008

Dah Call, Cakap La!

Telefon sel berlagu. Jepun menyanyi. Naruto.

"Hello...,". Tiada suara. "Hellooooooo......,". Talian putus.

Telefon sel berlagu. Jepun menyanyi. Naruto. Kali kedua.

"Hello...,". Tiada suara. "Helloooooo....,". Talian putus kali kedua.

Telefon sel berlagu. Jepun menyanyi. Naruto. Kali ketiga.

"Hello...,". Tiada suara. "Hellooooooooooooooo.......,". Talian putus. Buat kesekian kalinya.

SMS. Send. "Siapa ni ye?".

SMS. Received. "Sebenarnya saya tersalah nombor.... Caller Ring Tone awak best la"

Ceh!