Ini blog sampah!

Friday, January 30, 2009

Yaasin


Malam tadi malam apa adik-adik...? Malam Jumaat. Malam Jumaat kita buat apa adik-adik...? Kita baca Yaasin. Ok. Siapa baca Yaasin malam tadi angkat kibod.

;)



.

Thursday, January 29, 2009

Nandek


Semalam goreng ayam. Minyak dalam kuali meletup. Melompat. Kena dahi.


Hari ni aku pergi kerja ada nandek! Lawa tuuuuu..... Ha ha.



.

Wednesday, January 28, 2009

Kanibal


Pukul 12.00 tengahari nak meeting, 9.45 pagi ni baru nak bagitau?

Aku ada rasa nak makan orang!


.

Saturday, January 24, 2009

Ayam


MC main baling-baling batu. Bila sasarannya tidak mengena, dia kata "bahalol!".

Aku cakap dengan dia. Mana boleh cakap bahalol. Allah marah. Kemudian. Dia tanya, "Habis tu nak cakap apa?". Aku. Berfikir seketika. Dan aku kata, "Cakap ayam!". Sebab masa tu terpandang seekor ayam.

"Ok!", kata dia.



Dia. Sambung main baling-baling batu.

"Ayam!", kata dia bila balingan pertama tak mengena.

"Anak ayam!", kata dia bila balingan kedua pula tidak mengena.

"Ibu ayam!", kata dia bila balingan ketiga juga tidak mengena.

"Bapak ayam!". Balingan keempat pula tak mengena.



Ah! Sudah........ Nak kena tukar kaedah juga nih.... Ha ha.

Friday, January 23, 2009

Carrot Kicap!



"Carrot susu satu!".

"Carrot tu nak bubuh susu?".

"Tak payah! Ko bubuh kicap!".



Dia ni nak meniaga ke nak cari gaduh nih....? Ha ha.



.

Thursday, January 22, 2009

Ingat Hantu Tak Bayar Cukai Ke....?


Tadi isi borang BE LH*N.

Bahagia A : Maklumat Individu

A3 Status pada 31-12-2008 (nak kena pilih yang berkenaan)
1 = Bujang
2 = Kahwin
3 = Janda/Duda
4 = Mati

Kejap! Sejak bila pulak orang mati boleh isi borang nih....? Ha ha. Ok.. Ok.. Aku faham fungsi no. 4 tu tapi aku nak tergelak.


.

Wednesday, January 21, 2009

Gores Dan Kalah

Kawasan office aku ni, parking pesen nak kena gores-gores kupon. Suatu pagi, dari jauh aku ternampak kelibat makhluk pakai baju biru tua, naik motor. Ah! Sudah.... Penguatkuasa M*MB dah datang nak cek parking.

Aku dah jadi separa tak keruan. Mana tidaknya. Aku ada 3 kenderaan yang nak kena gores. Budak staff entah ke mana hilang. Pergi makan gamaknya.

Aku. Dengan skill jurus cencurut mengamuk (shadap yu! ini jurus rahsia, tiada siapa dibenarkan bertanya!), aku menggores 3 kupon parking dan berlari ke kereta kancil. Siap kancil ke kereta wira. Siap wira ke lori pula. Perghhh... Gila cekap! Sepantas kilat aku beroperasi. Mahu menitik air mata orang majlis tu kecewa tak dapat saman.

Tak lama lepas tu, aku nampak makhluk baju biru tua tu lalu depan office. Dan..... Tiba-tiba aku rasa nak karate tingkap je bila nampak yang berbaju biru naik motor tu rupa-rupanya budak pomen kedai hujung.

Syeelanat sungguh! Buat letih jantung aku je haih~




.


Monday, January 19, 2009

Melekit?

Hari tu aku tengok Trek Selebriti. Edisi Amyza Aznan. Si Jimmy pergi ke kampung Amyza di Melaka. Kemudian. Ada satu part ni, Jimmy tanya Amyza fasal nama kampung tu. Lepas Amyza bagi tahu, Si Jimmy kata, "Melekit Dalam? Mak ai nama!". Ha ha.

Aku terkekek-kekek sampai nak keluar air mata. Nama kampung tu Melekek Dalam. Orang Melaka ni pun satu. Pelik-pelik bagi nama. Tersalah sebut, dah lain macam je bunyi dia. Semacam gaya nak mencarut pun ada. Ha ha ha. Tu tak masuk ada satu tempat ni. Nama dia Air Paabas. Barangkali Pak Abas buang air kat tempat tu kot? Entah.....





.

Friday, January 16, 2009

Dah! Jangan Nak Berahi Pula Tengok Lengan Aku....


Pagi itu aku terkejar-kejar. Angkara MC liat nak bangun ke sekolah. Makanya aku jadi kelam-kabut. Dah lambat.

Aku tarik drawer almari. Nak ambil sarung lengan. Warna hitam. Aku capai dan terus masuk dalam handbag. Plan aku, dalam kereta nanti baru pakai. Nak pakai di kala itu, tak sempat.

Dalam kereta. Dekat nak sampai sekolah MC. Aku buka handbag. Tiba-tiba aku rasa nak menitik air mata apabila benda alah warna hitam yang aku ambil tadi rupa-rupanya bukanlah sarung lengan tetapi ....... Errr... Tak ada mende-lah!

Hahahaha.....

Thursday, January 15, 2009

Bilaku Sambut Tanganmu, Malam Nanti Jangan Sampai Termimpikan Aku Ya! Ha ha.

Petang itu, ada supplier datang office. Lepas habis berurusan. Dia minta diri. Agak rumit apabila berurusan dengan orang yang tak bersunat ni. Dia tak faham hukum. Aku jadi serba salah apabila jejaka hensem itu menghulurkan tangannya ingin bersalaman. Nak sambut, tidak. Nak sambut, tidak.

Akhirnya aku mengalah. Sambil aku menyambut tangannya, teringat jugalah aku yang neraka itu tak ada air-cond.



.

Wednesday, January 14, 2009

Satu Dua Tiga Lekuk, Jantan Betina Aku Tak Ketuk!

Hari tu, keluar sahaja dari bilik Dr. Ezzah aku terus ke farmasi untuk ambil ubat. Aku ambil nombor. Serahkan slip ubat ke kaunter. Kemudian. Aku duduk. Tunggu nombor giliran aku dipanggil.

Lama.

Ting! Nombor giliran aku terpapar.

Aku berjalan ke kaunter. Aku lihat pembantu farmasi itu menyusun ubat-ubatan aku. Aku pandang. Untuk ubat suntik yang itu, tengok bilangan cartridge sahaja aku dah tahu yang ubat itu tidak cukup untuk tempoh 2 bulan. Lalu. Aku beritahu anak dara cantik pembantu farmasi itu,

"Tak cukup ubat ni,". Aku kata.

"Tak cukup...? Kalau saya kira cukup, saya ketuk kepala akak!,". Kata dia. Sambil sengeh-sengeh. 'Berbudi bahasa' sungguh anak dara cantik itu. Nak melawak kot. Tapi aku rasa tak kena. Skill melawak tak berapa nak mantap.

Lalu. Dia ambil kalkulator. Kira. Tekan-tekan. Padam. Tekan-tekan. Padam. Barangkali takut kalkulator tu menipu dia gamaknya.

"Eh! Betullah. Tak cukup!". Kata dia.

Hmmm...... Apa kamu ingat aku tak teringin nak ketuk balik kepala kamu ke hah?

.

.

.

.



Tak! Aku tak buat. Aku manusia bertamadun ye.


.

.

Dan. Lagi satu. Bab-bab mengira jangan lawan aku aaaaaah.... Jeling je aku dah tau berapa. Cewah! Ha ha.



.

Tuesday, January 13, 2009

Boikot Israel!

Aku terbaca satu risalah yang menyenaraikan syarikat yang didapati menyokong kuat Israel. Antara jenama yang tersenarai ialah 'Kotex'.

Nampak gayanya, hujung minggu ni nak kena balik kampunglah. Nak belajar buat cawat dengan opah. Ha ha.


.

Monday, January 12, 2009

Sedapnya Jamu, Sehingga Menjilat Dinding!

Pagi itu aku mengemas rumah. Aku terjumpa sebuah kotak. Warna hijau. Aku buka. Ada jamu. Di dalamnya. Jamu yang aku beli tujuh tahun lalu. Sebelum melahirkan MC. Lebih seratus ringgit jugalah harganya.

Dalam kotak hijau itu, ada paket-paket kecil. Aku belek-belek. Kira-kira. Jumlah paket jamu yang kurang hanya satu. Satu!. Bermakna, hanya sepeket jamu yang aku makan selepas bersalin dulu.

Amendalah taukeh jamu ni.... Tak boleh ke buat jamu rasa strawberi ke... Rasa buah-buahan campuran ke... Rasa nasi beryani Batu Pahat ke... Dah tentu sekotak tu aku makan. Sepaket tu pun dah kira baik, tau!!.

Lepas ni, jangan harap la aku nak layan kakak direct selling yang jual jamu lepas bersalin tu lagi. Selagi tak ada jamu perasa sedap-sedap, jangan dekat!



.

Saturday, January 10, 2009

Raja Sehari


Esok aku nak pergi wedding Jonos. Siapa kaki MASKARA memang kenallah Jonos ni. Dia pernah perform. Jemputan adalah di sebelah pengantin perempuan. Di Lembah Keramat.

Yang best-nya, Jonos tak kenal aku. Aku kenal dia.

Jadi aku ingat, aku nak datang senyap-senyap. Makan-makan. Ambil gambar sedikit sebanyak. Tinggalkan hadiah. Kemudian. Aku blah.

Boleh gitu? Ha ha.

Friday, January 9, 2009

Cendawan Goreng



Darling kata, cendawan goreng aku sedap. Makanya....


Isnin - cendawan goreng

Selasa - cendawan goreng

Rabu - cendawan goreng

Khamis - cendawan goreng

Jumaat - cendawan goreng

Sabtu - cendawan goreng

Ahad - cendawan goreng


"pot pet pot pet pot pet......."

Hah!!!! Kata sedapppppppppp..... Ha ha ha.



.

Thursday, January 8, 2009

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali!


Kata orang 'Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali'.

Ok lah... Ok lah... Aku buatlah jahat banyak kali!


Amacam azam tahun baru gua? Ha ha ha. Sila jangan merusuh.





.


Wednesday, January 7, 2009

Sunat



MC. Masa dia tadika hari tu, dia minta aku belikannya handphone. Hmmm... Budak-budak zaman sekarang. Umur baru 6 tahun, dah punya keinginan yang macam-macam. Tetapi. Masa tu. Aku kata. Tak boleh sebab dia kecil lagi.

Hari ini, dia minta sekali lagi. Handphone. Dengan alasan. Dia dah besar. Dah sekolah darjah satu. Aku kata. Tak boleh juga. Sebab dia belum bersunat. Dan dia kata, "Ok. Sunatkan MC sekarang!".

Perghhh.... Sanggup tu! Ha ha.

Aku syak, tamat je periksa SPM, mahu dia minta aku belikan kapal selam pula gamaknya nih....

Apa dia ingat aku ni kekasih gelap Nazib Rajak ke hah? Ha ha.

Monday, January 5, 2009

Halkum

Kejap! Kejap! Perempuan kalau minum air tongkat ali tak tumbuh halkum kan? Tak de kan? Betul kan? .....

Keh keh keh.


.

Saturday, January 3, 2009

Bomoh Siam Jadah Apakah?


2 Januari 2008. Jumaat.

Aku ke sekolah Muhammad Cerdik. Orientasi. Pelajar baru masuk ke tahun satu. Dah besor dah anak aku. Rasa macam baru semalam aku melahirkannya. Cepat sungguh masa berlalu.
.
Remove Formatting from selection
Remove Formatting from selection
Remove Formatting from selection
Rata-rata para pelajar steady saja aku tengok. Adalah empat lima orang yang melalak. Itu pun melalak-melalak manja sahaja. Tiada aksi guling-guling atau tarik seluar abah. MC? Dia ok.

Dalam pelbagai gelagat manusia pagi itu, aku tertarik dengan perbualan dua orang bapa. Yang seorang menunjukkan telefon selnya kepada kenalan di sebelahnya sambil berkata, " Hah! Ni... ni.... Nombor telefon bomoh Siam!".

Perrrgghhh... Dalam pada menghantar anak ke sekolah tu pun sempat bertukar-tukar nombor telefon bomoh Siam. Nak buat mende lah gamaknya ye?

Ha ha.