Ini blog sampah!

Thursday, May 28, 2009

Lolipop

Suatu pagi aku ke pejabat pos dan terpandang seorang wanita yang pakai baju jalur-jalur menegak dan tudungnya ada bulat-bulat. Kiut, kan? Macam lolipop!



Lolipop? Hmmmm.... Aku tak minat!





.

Wednesday, May 27, 2009

Perangkap

"Ais krim berkhasiat tak...?" MC.
"Tak berkhasiat," Aku.
"Burger...?".
"Pun tak berkhasiat jugak,".
"Ayam...?".
"Ayam berkhasiat!".
"Ok. Kalau macam tu jom kita makan kepsi...!".

Nampak tak dia dah perangkap aku...? Haih....





.

Tuesday, May 26, 2009

Tak Payah


"Teringin la nak pergi Tioman. Yu pernah pergi, kan... Best tak sana?"
"Best!"
"Apa ada...?"
"Ada awek mat saleh pakai bikini"

Dah. Tak payah lah bercuti. Duduk Melaka sudah....!

:p




(Eh! Kejap. Entri gini gaya aku dah pernah tulis ke belum hah? Aku tak berapa ingat la.....)



.

Monday, May 25, 2009

Cu La

Aku dah pesan pada MC. Jangan nak buat muka bukan-bukan. Dan hasilnya... Haih....





Ini gambar-gambar masa Karnival Belia Kebangsaan 2009 tempohari. Di MITC. Pasukan kawad KRS wakil Perak. Salah seorangnya ialah Mak Su MC. Kejap. Cuba tengok gambar nombor 2 tu. Gambar pasukan kawadnya ada lah secotet. Gambar restoran Subaidah pulak yang lebih-lebih. Entah berapa jutalah ane Subaidah tu dah bayar ke encik Darling nih.....

.

Saturday, May 23, 2009

Kalau tak pandai menari, memang lantai la yang salah! Muahahaha...

Aku ni dah tersedap bawa kereta auto. Minggu ni, nak tak nak aku kena bawa kereta manual sebab kereta auto buruk tu ada masalah ngok ngek.

Dari TTU aku terus masuk highway ke Sungai Udang tu. Aku ikut situ sebab aku malas nak tempuh simpang 3 depan balai polis TTU nih. Gila banyak kereta. Sikit punya lama nak menunggu kat simpang tu. Dalam keadaan gabra nak masuk simpang dengan kereta-kereta berkelajuan F1, time nak masuk gear satu mula la aku tergaga-gagap. Daripada boleh lepas, jadi tak boleh lepas. Ha ha. Dari highway tu aku masuk jalan ke Batu Berendam. Drive rilek-rilek sampai sekolah MC kat SK Batu Berendam 2. Ok. Tak ada masalah timbul.

Aku sampai awal. Dalam kereta dok bersms dengan dak Nizam. Cis! Menyesal sungguh aku tanya pasal tempurung kelapa yang sibuk diperkatakan oleh dak Azani. Tengah bersms bateri henfon pulak habis. Jadi, lepas jemput MC aku kena balik rumah sekejap. Pergi ambil charger. On the way nak balik rumah tu pun ok je la.

Sampai rumah, aku suruh MC salin baju dan aku terus rendam baju sekolah dia yang macam baru balik bertani tanam kailan tu. Entah apa yang dibuat di sekolah pun aku tak faham yang baju boleh jadi gitu gaya. Kalau tak bersental jangan harap la nak putih balik. Lepas setel semua, kami keluar.

Lepas kunci rumah, aku masuk kereta nak pergi ofis. Sepantas kilat aku buat kerja sebab nak cepat punya hal. Budak staff nak pergi solat jumaat. Aku kena jaga ofis.

Dalam kepala otak memang agak runsing asyik memikirkan simpang 4 nak keluar dari Padang Jambu ni kang berbukit. Tak apa. Aku cuba buat-buat rilek. Jangan runsing tak tentu hala. Aku pun drive je macam biasa. Sampai kat simpang 4 tu lampu merah. Deymn! Tak boleh ke time aku sampai simpang tu, lampu isyarat hijau terus? Barulah tidak bererama di dalam perut. Nak tak nak kena berhenti juga. Ok. Tak lama menunggu, lampu isyarat bertukar hijau. Aku pun me-ready-kan diri. Masuk gear satu, tekan minyak sikit, lepas clutch sikit, lepas hand brake. Dan..... Kereta melorot ke bawah. Bodoh! Muahahahaha.... Lampu isyarat hijau bertukar merah, aku masih kat simpang 4 apa cer....?

Kejap. Korang tau tak nombor telefon datuk bandar Melaka nih... Aku nak suruh dia tarah semua jalan raya yang berbukit ni kasi rata! Hahaha....







.

Friday, May 22, 2009

Penat

Pagi tu aku bersedih. Sebab kucing jalanan yang aku bela seekor dah hilang................ :(




.




.




.





Dan di petangnya, dia balik bawak jantan!!!






Cis! Apa ingat tak penat ke aku bersedih....!



.

Thursday, May 21, 2009

Kutu

Siapa kata orang Melaka hanya makan asam pedas. Tengok! Kutu pun diorang makan tau...! Hebat tak hebat. Ha ha.




Errrr... Aku bukan orang Melaka ye. Aku orang Perak...!! (dan-dan tak nak mengaku.. ha ha)





.

Wednesday, May 13, 2009

Teratai Layu Di Tasekmerah


Kalian tau tak benda ni? Sekali pandang macam alien mata banyak. Ha ha. Ada orang bagitau aku, benda ni sedap. Rasa macam kacang. Tapi kenapa aku makan rasa batang sawi...? Haih...
.

Tuesday, May 12, 2009

Buah laici sila cekik dengan kulit-kulitnya sekali ye....


Aku beli buah laici. Laici segar. Bukan yang dalam tin tu. Aku letak atas meja. Di ofis.

Kemudian encik darling tanya, "Nak kena kopek kulit dia dulu ke nih...?".
"Ya. kopek dulu...," aku jawab.

Terus dia tak makan. Haih....






Pesen manja. Dah biasa. Kalau makan buah, aku kopek, aku hiris, dia tunggu ngap sahaja. Buah laici pun tak lalu nak kopek..... Memang nak kena tarik bulu kaki tu....



.

Monday, May 11, 2009

Sangkut





Cuti Hari Pekerja hari tu aku ke Mahkota Parade. Tujuan asal nak makan cendol depan Stadhuy's. Ala... Bangunan merah yang kat Bandar Hilir tu. Tapi manusia punyalah ramai sampai beratur panjang kat gerai cendol tu. Jadi. Kensel. Kami makan cendol di MP sahaja.


Lepas makan cendol. Darling pergi surau untuk solat Asar. Aku dan MC jalan-jalan. Aku ke kedai kasut. MP memang banyak kedai kasut. Memang boleh lupa daratan sekejap. Tengok punya tengok tak ada yang berkenan pula. Kami keluar.


Aku cadang nak pergi Thai Kuang. Aku pun berjalan sambil memerhati MC yang berlari tak tentu hala. Baru kejap aku nampak dia balik kerusi, tiba-tiba dia dah berdiri sebelah Singh baju putih. Baru kejap aku nampak dia berdiri sebelah Singh, tiba-tiba dia dah bershuffle depan Reject Shop.


Petang itu memang ramai orang. Dan. Aku rasa aku berjalan seperti biasa. Rilek-rilek sahaja. Lenggang pun lenggang yang biasa. Tapi entah macam mana tiba-tiba jari kelingking kanan aku boleh tersangkut dengan jari kelingking kiri seorang lelaki yang lalu sebelah aku. Hahahahahaha... Tak boleh blah, kan?


"Sori....!" kata kami serentak. Sambil isteri lelaki itu jeling-jeling aku. Hahahaha....!











.

Friday, May 8, 2009

Suspek

Deymn! (pinjam stail mengeja adik Kachak)


Semalam. Aku mengadap blog. Big boss a.k.a apak mertua masuk ofis hari ni. Jam 11 aku keluar ke pejabat KWSP. Depan ofis ni je pun. Sampai di KWSP, tengah aku tunggu giliran untuk buat pembayaran baru aku teringat yang aku tak tutup window blog aku tadi.


Habislah aku. Aku syak apak mertua aku dah baca blog yang berimej idea mengarut southern waste aku ni. Esok-esok kalau mak mertua aku dah pandai pergi makan kepsi sorang-sorang atau naik eye on Malaysia tak ajak dia sekali ni, mesti akulah suspek utama dia nih....



Deymn!



p/s Pak, kalau mak dah pandai syapel sambil masak itu bukan idea Tasek ye... Sila siasat MC!

Thursday, May 7, 2009

Kiub Rubik


Dari kiub yang besar telah bertukar menjadi kiub yang lebih kecil. Ha ha.

Satu-satunya permainan yang bagi aku adalah bukan permainan, tetapi latihan untuk mendapatkan tekanan darah tinggi dan angin meroyan. Jangan sekali-kali minta aku selesaikannya. Memang aku baling dalam gaung!
.

Tuesday, May 5, 2009

Life Evolution


Kesian kan orang laki...? Hehehehehe....
.

Saturday, May 2, 2009

Anugerah


Hari tu mak mertua aku bersungut. Katanya. Dia perlu mengunci kereta bapa mertua aku tiap-tiap malam. Sebabnya, bapa mertua aku pesen tak pernah ambil kisah sama ada keretanya sudah berkunci atau tidak sebelum dia melelapkan mata. Manjang buat-buat rilek sahaja...

Jadi. Aku beri cadangan. Apa kata, agak-agak dia dah masuk tidur. Kita sorokkan keretanya mana-mana. Di lorong belakang ke... Di parkir rumah hujung yang tidak berpenghuni itu ke... Esok pagi, bila dia bangun nak pergi pejabat, tengok-tengok keretanya dah hilang!

Kih kih kih kih kih....

Korang agak-agak, lepas tu dia bagi tak anugerah menantu terunggul pada aku....? Kih kih kih kih....




.

Friday, May 1, 2009

Patut Ke Tak Patut....?

Hari tu budak staff aku cuti. Pergi driving test. Lepas hantar MC ke sekolah, kami bersarapan di kedai asam pedas kegemaran kami yang itu. Selesai makan aku pun memberi cadangan, "Apa kata kita pergi pejabat lambat sikit hari ni... Balik rumah dululah. Buat apa yang patut....!".

.

......


Sekian dulu entri buat kali ini.




.