Ini blog sampah!

Thursday, November 19, 2009

Bebeh

Malam sebelumnya, dalam pukul 7.30 malam aku dapat panggilan daripada Encik KN daripada PBB. Beritahu yang loan kereta aku dah lulus. Ok.

Malam semalam, dalam jam 8.30 malam pula (dia orang ni kerja dari pagi sampai malam yek..?), dia telefon lagi. Aku angkat. Aku dengar suara dia tapi dia tak dengar suara aku. Barangkali phone aku yang ada masalah senggugut.

Tidak lama kemudian. Aku terima sms daripada nombor telefon tangan Encik KN. "Esok 9.30 a.m dtg pbb batu berendam utk sign agreement". Dan aku dengan pantasnya balas,"Ok bebeh".

Bebeh? Apa jadah pulak aku mem-bebeh-kan pegawai bank yang aku sekali pun tak pernah tengok muka dia nih..? Ni lah akibatnya bila terlebih mesra alam.

Haih.

.

Saturday, November 14, 2009

Pusing

Sejak dua tiga hari ni, aku ada masalah kepala terasa berpusing-pusing. Asal nak letak kepala atas bantal je, kepala berpusing-pusing.

Tak kan nak tidur duduk kot. Dah rasa macam ayam pulak haih....



.

Friday, November 6, 2009

Banjar


Ini adalah komen adik aku Teh untuk entri aku yang ini. Ok. Sekarang ni siapa boleh translate komen itu (part cakap Banjar) ke dalam bahasa Melayu. Aku bagi hadiah. Aku seriyes. He he.

Ya. Ya. Kami memang Banjar. Cuma aku sahaja yang tak berapa nak pas cakap Banjar tapi kalau orang cakap aku faham.




:)




.