Satu hari. Kami semua bercadang nak pergi Cameron Highlands. Untuk makluman siapa-siapa yang geografi agak terkelip-kelip, Kampar adalah sangat dekat dengan Cameron Highlands. Kami pergi berenam. 4 orang ahli rumah kami. 2 lagi ahli rumah lain. Ke... Bertujuh! Kejap. Kejap. Gua kasi kira. Gua. Kak Da. Kak Intan. Lala. Kakak naik kereta charade tu. Budak pompuan jahat tu... Betul. Betul. 6 orang.
Kami pergi dengan 2 buah kereta. Tapi kami tak naik kereta sampai atas. Masa tu jalan baru ikut Simpang Pulai tu belum buat lagi. Naik ikut Tapah. Korang tau, kan jalan nak naik Cameron ikut Tapah tu macam mana dia punya ular....? Makanya. Kami bercadang untuk naik bas sahaja. Bas dari Kampar terus ke Cameron memang tak ada. Maka, kami terpaksa ke Tapah. Dari Tapah ke Cameron, ada bas. Kereta kami parkir di stesen bas Tapah.
Beberapa hari sebelum pergi, gua sibuk memujuk roomate gua yang gua panggil Kak Da.
"Kak Daaaa.... Jom la pergiiiii..." pujuk gua. Gua pesen tak pandai memujuk tapi gua cuba juga lah.
"Aku bukan tak nak pergi tapi aku takut. Karang bah (bas) tu melilor-lilor (melilau-lilau). Kiri kanan manjang nampak gaung. Udah le Kemeren tu jauh. Mau tu karang aku pegang je kerosi (kerusi) bah tu sampei ke ateh...", balas Kak Da. Ya. Kami memang menggunakan bahasa Perak bila bersembang. Tapi hanya dengan orang Perak sahajalah. Kalau kamu bukan orang Perak. Kami cakap KL. Ha ha.
Setelah gua pujuk. Pujuk. Pujuk. Akhirnya Kak Da tewas juga dengan ayat-ayat gua. Dia bersetuju untuk ikut kami ke tanah tinggi tempat tanam strawberi yang itu.
Gua kasi pendek cerita.
Maka. Tibalah hari beronggeng seperti yang telah dirancang. Kami berenam bertolak dari Kampar awal pagi. Sampai Tapah. Cari tempat parkir kereta yang baik punya. Dan kami pun naik bas yang dikategorikan sebagai bas berhenti-henti. Tak ada air-cond. Tingkap pesen nak tutup ketat. Bila bas bergerak laju, angin masuk sampai ke rambut. Tudung.... Jangan cerita la dia punya huru-hara. Jenis yang pakai tudung macam gua pin dileher - pin di tengah - kelepet tepi, memang tarapapa punya. Angin tiup pun bulih buat rilek-rilek je. Tapi kalau jenis yang pakai tudung belit-belit atau pun pesen muncung tudung cantik bulat ibarat pakai helmet di dalam, memang agak mencabar juga nak jaga tudung kalau naik bas tu.
Macam biasa, di dalam bas, gua akan duduk di sebelah orang yang paling gua rasa suka dan selesa iaitu Kak Da. Gua tepi tingkap. Belah kanan. Kak Da sebelah kiri gua. Bas gerak dari Tapah, Kak Da steady lagi. Agak-agak drebar bas tu tertekan brek kuat sikit, dia memaki manja. Gua suka dia punya maki. Sebab nanti gua akan gelak. Dan gua rasa. Kalau lu yang kena maki sekali pun, lu tak kan marah. Nak menampar jauh sekali. Kalau lu jenis urat geli sensitif, lu akan terkekek-tekek ketawa tapi kalau lu dah biasa hidup dengan Mr. Bean, lu akan tersenyum sahaja.
Sampai sahaja di kaki gunung Cameron. Err... Apa nama tempat tu hah? Kuala Woh ke hape gua tak berapa ingat. Gua geografi pun pesen terkelip-kelip juga. Eh! Tak. Gua sebenarnya geografi tak lah terkelip-kelip sangat cuma gua ada masalah hilang ingatan. Ok sambung. Kak Da steady lagi. Gua? Gua sangat-sangat steady. Gua kan lady gagah. Apa barang nak lembik-lembik. Time tu angin-angin sejuk hutan dah mula terasa. Bunyi cengkerik, serangga dan beburung mula menyanyi celah telinga yang dah mula sikit-sikit rasa berdengung. Gua bahagia. Wah!
Makin jauh bas berjalan, makin tinggi gunung kami daki. Jalan makin bengkang-bengkok. Hutan makin menebal. Sejuk makin terasa. Dredar bas pula memandu dengan penuh keyakinan seolah-olah memandu di jalan lurus yang tiada gaung di kiri dan kanan. Satu macam dia punya steady. Barangkali dia tak ada pundi kencing.
Gua yang mula-mulanya sangat steady, dah mula pegang kerusi bas. Gua memang tak pandang kanan sebab bila pandang kanan, gua akan nampak gaung yang maha dalam. Gua memang ada penyakit gayat tak tentu hala. Bila di tempat tinggi, entah kenapa tapak kaki gua macam ada rasa menyirap-nyirap geli satu macam gua tak tau nak cerita macam mana. Lu ada rasa gitu gaya tak bila gayat...? Tak ada? Gua syak lu berkulit kaki biawak.
Bas ke kanan, badan gua ke kiri. Bas ke kiri, badan gua ke kanan. Sumpah. Naik bas dengan naik kereta memang tak sama perasaan dia. Bas ni tinggi. Kita boleh nampak macam-macam yang menyeramkan. Tak sampai separuh perjalanan ke tanah tinggi itu, kepala gua dah pusing. Nak lelap mata jangan haraplah bila dalam perut ada rama-rama.
Dalam pada gua berhempas pulas mengharung perasan yang bercampur baur dia dalam bas itu, gua pandang ke roommate gua yang gila-gila takut nak naik Cameron tu....
Dia bulih tidur dengan maha nyenyak siap ternganga mulut.....
Manalah lu tak rasa nak suap je plastik cekelat udang ke mulut dia, kan....?
.


