Ini blog sampah!

Wednesday, June 30, 2010

Entri Khas Untuk Kak Ash

Macam mana nak letak video dari youtube di blog.

1. Pergi ke video yang dikehendaki. Pada body video tu, klik mouse belah kanan. Klik copy embed html (klik guna mouse belah kiri kak noooo...).

2. Buka blog. Pergi ke new post. Nampak tak ada 'Edit Html' sebelah 'Compose' tu. Hah... Klik "Edit Html' tu. Kemudian. Klik mouse belah kanan. Paste.

3. Try preview. Video akan muncul.

4. Kalau akak nak taip apa-apa pada entri klik kat 'Compose'. Macam taip entri biasa.

5. Publish Post. Siap.

Ok tak kak...?

:)

Layan lagu nih....

Tuesday, June 29, 2010

2 Biji Buah Atas Meja. Apa gua Nak Buat Dengan Buah Nih....?

Hari tu mak mer gua telefon, "Tas, ada buah binjai 2 biji atas meja kat umah tu. Nanti ambik. Dah masak dah tu....". Buah tu dia tinggalkan di rumah di TTU ni. Dianya dah balik KL. Mak mer gua memang terbaek. Beli apa pun mesti ingat ke gua.


Dan lebih sehari juga gua memikirkan. Apa yang gua nak buat dengan buah binjai nih. Gua sebenarnya tak berapa pandai makan binjai. Kalau gua buat Binjai Goreng Tepung agak-agak Darren timang gua tak....?



.

Wednesday, June 23, 2010

Ini adalah entri tanpa hala tuju dan tidak diedit...

1. Melaka hujan pagi ni. Rasa malas nak pergi pejabat. Rasa nak balik tidur peluk bantal.

2. Akaun syarikat akan berakhir pada 31 Julai. Ini bermakna masa tonggang terbalik mengadap angka-angka akan tiba. Kerja buat akaun ni kena teliti betul. Kalau silap sikit membawa kepada rasa nak terjun lombong.

3. Isnin, Rabu dan Jumaat adalah hari aku-selalu-mengharapkan-agar-aku-punya-banyak-tangan-untuk-buat-banyak-kerja-sekali-gus. Kalian bayangkanlah. Sampai rumah kang jam 6.35 petang. Jam 7.45 dah nak keluar balik hantar MC mengaji. Aku hanya ada lebih kurang satu jam sahaja untuk masak-angkat kain baju di ampaian dan lipat-mandi-solat. Terkejar-kejar adalah meletihkan.

4. Rasa tak sabar untuk hadir ke reunion dengan member sekolah Sabtu ni. Majlis mula jam 6.00 petang sampai malam. Dengar kata ramai yang nak bawa keluarga tapi Kak Nyah Badut, Kak Chik Jaja dan Aku akan datang solo. Ada siapa-siapa nak ikut...?

5. Sedikit tertanya-tanya kenapa Macha dah lama tak hapdet blog. Nak sms malas plak. Takut dia tengah sibuk. Cha, harap dapat jumpa kamu sebelum kamu tinggalkan Melaka.

6. Oh! Ya. Aku dah pergi ambil hadiah cabutan bertuah tu semalam. Aku dapat dapur gas. Macam perli je kan hadiah tu punnnnn.....

7. Aku kenal dengan seorang pengkid disebabkan selalu benar terserempak dengan dia di Mydin Mall. Baiknyalah budak pengkid tu...

8. Setiap kali aku pergi joging, aku akan terserempak dengan seorang brader yang selalu joging di tempat sama. Wanginya dia tuuuuu.... Suka bila berselisih dengan dia. Bukan sebab suka ke dia. Suka sebab dia wangi.

9. Aku dah lama ambil collagen tapi timbul masalah pula bila makan collagen tu hidung aku gatal. Aku semak kandungannya. Rupa-rupanya marin collagen. Aku tak tahanlah. Kamu ada cadangan tak collagen yang tiada asas marin...?

10. Aku nak turunkan berat sehingga 55kg sahaja buat masa ni. Another 3kg to go. Ya. Menurunkan berat badan adalah lebih mudah daripada mengekalkannya, kan...?

11. Hati macam tak sedap je. Apsal yek....?


.
.
.
.


Cukup dulu kot....


.

Tuesday, June 22, 2010

Aku Yang Tak Pernah Bertuah Kali Ini Bertuah Di Negeri Hang Tuah

Masa majlis penutupan SUK_MA hari tu aku pergi stadium. Tak habis-habis cerita SUK_MA, kan..? Tak larat nak dengar. Ok. Ok. Ni last! Sebelum masuk, aku isi borang untuk cabutan bertuah. Orang lain pun isi gak. Kena paksalah lebih kurang konsepnya. Dan semalam aku terima sms ini....


TAHNIAH! Anda telah memenangi hadiah cabutan penonton bertuah sempena Perasmian Penutup Sukan Malaysia XIII Melaka 2010. Anda boleh menuntut hadiah pada 21/06/10-24/06/10 dari jam 12 tgh-5 petang di stadium hang jebat melaka bilik urusetia cabutan penonton bertuah. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian ini (urusetia cabutan penonton bertuah sukan malaysia XIII Melaka 2010) tertakluk kepada terma dan syarat.


Korang rasa aku dapat apa? Aku tak pergi ambik lagi hadiah tu. Macam malas je. Darren kemahen teruja nak pergi ambik. Dia kata. Manalah tahu dapat tv 32 inci ke.... Percutian ke-mana-ntah ke... Ye la tu. Kot-kot dapat hadiah spender je ni kang... Memang aku serkup kat kepala dia...!!!






.

Thursday, June 17, 2010

Gambar Ni Yang Aku Nak Up Load Sebenarnya....



Budak yang-makin-besar-makin-hitam tu suruh aku pintal belon. Dia kata. Tolong buat pedang. Dan. Aku. Bukanlah pemintal belon yang handal. Demi mengelakkan daripada dia mengamuk, aku pintal juga.


Nah! Ini lah hasilnya. Pedang. Seperti yang dia minta.


Pedang yang sungguh kah kah kah kah....!!!!!






Amaran Keras: Jangan ada siapa-siapa yang berani-berani nak kata berahi ke lutut aku ye.... Aku lututkan jugak kang!!!!!


.

Wangi Macam Apa?

Satu pagi MC memeluk aku yang dah siap-siap nak keluar rumah.



"Hmmm... Wanginya. Bau plastercine!!!" - MC.



Plastercine apakah?







.

Monday, June 14, 2010

Keranamu Pak Ali

Kerana SUK_MA jadual kehidupan aku menjadi tak tentu hala. Balik kerja lewat. Waktu makan tak betul. Blog terabai (korang ada rasa kurang kasih sayang tak...? ha ha). Kerja rumah pun nak kena curi-curi masa untuk selesaikan. Nak balik kampung tak dapat. Apatah lagi nak bercuti-cuti Malaysia. Jangan harap! Malah masa nak bermanja-manja dan memanja-manja juga hampir tiada. Apa tidaknya. Jika jam 2.00 pagi baru dapat nak lelapkan mata dan jam 4.30 pagi keesokkan harinya sudah kena bangun pula. Ya. Bulan ni pasti period! Ha ha.

Malam raptai penuh majlis pembukaan dan penutupan SUK_MA. Jumaat lepas. Selesai menguruskan pengangkutan peserta berjoget-joget, aku memandu pulang ke rumah jam 1.00 pagi. Sejujurnya. Aku belum pernah memandu berseorangan di waktu-waktu sebegini.

Bukan masalah aku keletihan. Bukan. Aku sangat bertenaga. Masih boleh tersenyum manis-manis lagi kala itu.

Bukan masalah aku mengantuk. Bukan. Aku amat segar bugar. Dan aku juga tak perlu kopi atau kacip kak timah atau minuman isotonik untuk memandu.

Bukan masalah aku bosan. Bukan. Aku ditemani Radio Panas yang aku pasang agak kuat sambil menyanyi dalam kereta. Aku memang suka menyanyi. Tabiat yang aku tak tahu bila nak hilang.

Bukan masalah aku lapar. Bukan. Aku memang dah lama imun dengan kelaparan sejak aku berdiet main-main tempoh hari.

Tapi. Masalahnya ialah....



Kenapalah boleh datang ilham dalam kepala, "Macam mana kalau... Bila aku pandang cermin pandang belakang nih.... Tiba-tiba ada makhluk yang tumpang....?".


Cilakak!!!!




.

Thursday, June 10, 2010

Bagussssssssss...!!!!!

Pagi-pagi lagi MC dah datang kepada aku.



"Bu... MC dah mandi dah. Baguskan MC bu...?" - MC.

"Dah mandi...? Bagusnya. Macam tu lah anak ibu. Tak payah ibu suruh-suruh.." - Aku.

"Tapikan bu... MC sebenarnya dah terkencing atas tilam!".







Bagussssssssss lah sangat, kan?

Dia ni memang. Kalau buat benda-benda bagus tu selalunya ada muslihat...





.

Wednesday, June 9, 2010

Pengurusan Troli

Kisah berlaku di Jusco. Masa ambil barang ke dalam troli, macam-macam barang ada. Beras. Minyak masak. Telur satu tray 30 biji. Udang. Ayam. Ikan siakap. Brokoli. Bunga kobis. Cendawan tiram. Tahu. Roti. Buah epal. Tembikai. Tongkat Ali Cafe. Dan entah macam-macam mak nenek lagi. Penuh satu troli.


Sampai kaunter bayaran. Barang semua sudah dikeluarkan. Juga telah di scan oleh anak dara jaga kaunter. Tit tit tit. Jumlah yang perlu dibayar terpapar. Kad kredit juga sudah ditenyeh. Dan tibalah masa nak masukkan barang-barang tadi ke dalam troli kembali.


Ya. Barang-barang perlu disusun dengan betul. Jika tidak mungkin tak cukup sebuah troli atau mungkin barang akan rosak. Contohnya. Jika roti diletak di belah bawah. Dan diatasnya kamu letak tembikai, roti yang gebu mungkin akan hilang kegebuannya. Dah tak gebu mana selera makan nak mari ye dak...? Ya. Ini namanya pengurusan troli...


Maka. Aku cakap dengan Darren, "Telur tu masukkan dulu...". Dan dia jawab, "Telur tak boleh masuklah!" sambil buat muka nak makan selipar.


Eh! Menyampahlah pulak aku bercakap dengan dia nih....!!! Korang faham? Aku tak faham! :p











.

Tuesday, June 8, 2010

Harap-harapnya Para Suami Tak Gatal Nak Ikut....!!!!

Dulu. Zaman sekolah. Aku bersekolah di sekolah yang pelajarnya semua perempuan. Aku ada geng yang bilangannya agak ramai. Berapa orang pun entahlah. Malas nak kira. Nanti aku sebut nama sorang-sorang. Atun. Arfa. Ami. Kasmah. Surai. Rozaini. Badut. Suhaila. Liza. Jaja. Eda. Dan Aku (ada yang aku tak sebut ke hah?). Kami menggelarkan diri kami KS. Apa maksud KS tu biarlah hanya kami yang tahu. Ha ha.

Eda kata. Dia dah lama ikuti blog aku. Dan dia rasa sangat terasing. Katanya lagi. Aku melebih-lebihkan kawan blog. Tetapi mengabaikan mereka. Kawan blog sanggup jumpa tapi tidak mereka. Oh! Aku terasa berdosa di situ. Dan aku mula rasa bahawa perhatian dan kasih sayang aku tidak dibahagikan seadilnya.

Maka. Aku telah buat keputusan untuk menghadirkan diri pada reunion KS pada 26.06.2010 di Sunway. Tempat belum diputuskan lagi buat masa ini. Cadangan awal nak ke tempat makan-makan steamboat. Dan kata Eda, sila cari tempat yang kita boleh gelak kuat-kuat tanpa mengganggu ketenteraman awam. Aku setuju itu.

Mengikut perbincangan sulit antara aku dan Kak Chik Jaja, reunion ini bertemakan, "Tak Payah Bawak Laki. Tak Remaja!!!!".

Entahlah. Tiba-tiba pulak aku macam terdengar-dengar para suami KS berkata, "Boleh tak korang tendang je Tasek tu dari KS!!!!". Ha ha.


This is Kak Chik Jaja. Lawa, kan..? Still single but may be not available anymore. (Ja, sori aku curik gambar ko dari fb. He he....)
.

Friday, June 4, 2010

Cik Sri Tasek Menjawab

Semalam. Seseorang telah bertanyakan pendapat tentang satu perkara. Via sms.

Katanya begini. Suatu malam. Suaminya telah ternampak seorang perempuan telah membalingkan hand phone dari sebuah kereta. Hand phone itu jatuh dan berkecai. Katanya lagi. Setelah perempuan itu berlalu, suaminya pergi mengambil hand phone tersebut. Dengan tujuan. Nak ambil baterinya. Mungkin masih boleh digunakan. Namun. Apabila dipasang kembali hand phone yang telah berkecai itu, didapati bahawa telefon itu masih boleh digunakan.

Tanya dia. Apa yang nak dibuat dengan telefon tersebut. Wajarkah dia ambil dan gunakan atau pulangkan kepada tuan empunyanya.

Bagi aku begini. Aku. Tak akan ambil barang yang aku jumpa. Baik barang. Baik duit. Kerana bagi aku, mungkin ada seseorang yang telah tercicir benda yang aku jumpa itu. Dan selalunya. Tuan punya akan cuba mencarinya kembali. Maka. Jangan di ambil.

Tetapi kes sahabat aku ini berbeza. Hand phone tersebut bukan tercicir tetapi sengaja dibuang (err... yang dibuang henfon tu apsal yek...?). Maka. Aku jawab smsnya begini.

"Kak kita rasa akak pakai je hp tu. Sbb pompuan tu sengaja baling hp tu. Maknanya dia sengaja nk buang kot. Kalau nk pulangkn akak tau ke tuan punya hp tu".

Dan aku sambung ayat aku dengan ayat ini... "Tapikan. Kalau akak x nk hp tu bg je kat Tas! Ha ha".

Lalu dia balas.

"Tak makan saman betullah kau ni. Ni lah padahnya kalau mkn cencaluk byk sgt. Aku baru je anggap kau cik sri siantan".







Ya. Dakwaan dia adalah sangat benar. Ini semua salah cencaluk. Aku? Aku tak salah!!!



.

Wednesday, June 2, 2010

Baru Hari Tu Kata Insaf, Kan....? Insaflah Sangat!!

Semalam. Aku keluar pejabat awal. Pukul 3 petang. Nak balik rumah. Dengan misi nak robohkan katil. Ya. Katil aku dah patah. Aku pernah ceritakan lama dulu. Puncanya. MC melompat atas katil. Sebenarnya, aku dah beli katil baru sebulan yang lepas. Tapi aku pesan dekat Cina jual katil tu, jangan hantar dulu selagi aku tak robohkan katil di rumah tu. Dari sehari ke sehari, katil tak diroboh-robohkan juga. Cina tu pun dah telefon. Makanya. Tak kan nak tunggu tahun depan baru nak roboh, kan...?

Dari MITC aku keluar ikut Ayer Keroh Lama. Ok. Sebelum tu. Aku nak bagitahu, tahap jam di Melaka ni dah nak gaya KL. Tambah-tambah masa cuti. Tapi ada banyak jalan alternatif. Kalau kamu bukan orang Melaka, dan kamu ingin ke Melaka bercuti atau apa sahaja urusan, jika kamu masuk melalui tol Ayer Keroh, kamu perlu bersabar kerana terlalu banyak kereta yang akan masuk situ. Ramai yang tak tahu jalan alternatif. Ok. Esok-esok, jika kamu ingin ke Melaka di kala cuti, dan kamu tidak mahu tertidur di jalan raya gara-gara queue panjang, telefon aku. Aku akan bantu kamu ke destinasi kamu tanpa rasa sakit jiwa. Aku ikhlas.

Sambung.

Dari Ayer Keroh Lama, aku lalu Bukit Beruang. Oh! Ya. Aku nak balik rumah di Bukit Sebukor. Melaka memang banyak tempat nama bukit tapi celah mana bukitnya pun entahlah. Aku tak pernah nampak.

Sampai di traffic light depan MMU. Dekat-dekat Regal Park sana (Eh! Cha. Regal Park tu kediaman budak-budak MMU ke UTeM hah..???). Jalan ada 3 lorong. Aku di lorong tengah. Di hadapan sekali. Di sebelah kiri aku. Ada sebuah kancil (ada ke tadi aku taip 'Aku sebuah kancil'. hahaha...). Dipandu oleh 2 orang lelaki dalam usia awal 30-an barangkali. Melayu. Aku toleh ke kiri. Dan kebetulan mamat tu menoleh ke kanan. Kami sama-sama tak tutup cermin tingkap.

Oleh kerana aku dah terpandang dia dan dia terpandang aku. Aku berikan dia sekuntum senyuman. Senyuman yang boleh aku tafsirkan sebagai senyuman hai (hai aku bermaksud hormat). Atau kalau nak lebih islamik, senyuman assalamualaikum. Atau kalau nak ikut trend masa kini, senyuman assalamualaikum, salam 1 Malaysia. Dan. Dia membalas senyuman aku dengan senyuman waalaikumussalam, salam 1 Malaysia juga barangkali.

Dan bila kiraan count down lampu berwarna merah beransur dari 6, 5, 4, 3, 2 dan 1... Tiba-tiba sahaja aku rasa nak cakap kat mamat tu, "Jom! Lumba....!".

Entahlah...

Kadang-kadang aku sendiri keliru yang aku ni perempuan ke lelaki....?!!





[update: hahaha.... ada typo. tapi korang faham, kan...? korang memang terbaek!!!]
.