Ini blog sampah!

Friday, July 30, 2010

Lain Kali Jangan Suruh Aku Call

Pernah satu masa dulu. Darren suruh aku call part time driver kami. Nak minta dia ambil bas petang tu. Malam tu bas nak keluar ke Kelantan.

Aku pun ambil henfon dan tekan nombor. Nombor talian tetap Tele_kom.



"Hello. Assalamualaikum. Man ada....?" - aku.

"NI SIAPA NIH HAH....?" jawab seorang perempuan dihujung talian dengan nada nak makan orang. Aku punya syak bini Si Man.


Tak sempat aku nak perkenal diri dah kena maki. Gampang...!! Perghhh... Fes taim aku sebut gampang ni korang. Bulih tahan berdebor juga mencarut secara jujur ni rupanya.....




Cerita Lain.

Malam tadi aku mimpi aku dapat baby. Muka baby tu sebijik sejambak macam muka aku. Tapi bukan aku yang melahirkannya. Ah! Sudahhhhhh.....





.

Wednesday, July 28, 2010

Tak Teragak-agak Langsung

Ini adalah perbualan antara 2 orang sahabat baik. Lamaaaaa dulu. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Status kedua-duanya ialah seorang teruna dan seorang dara. Dua-dua orang Perak.


Lelaki: Aku maleh betoi nak balik Kuale tu petang-petang ikut highway.

Perempuan: Ate ngapenye...?

Lelaki: Matahari tengah turun. Paneh telor...!


Tak teragak-agak, kan bersembang...? Bodoh la ko Meor!







Cerita Lain.

Korang, bila badan dah susut sikit ni kan, sikit je laaaaa.... Dah ada masalah lain pulak yang datang. Masalah strech mark yang sangat huduh melanda. Sekali pandang macam buah peria. Dua kali pandang dah macam buaya. Menciklah. Cemana nak buat ni hah...?





.

Monday, July 26, 2010

Binatang Minggu Ini

Hari ni aku pakai baju corak harimau bintang (kalau tak tau harimau bintang tu macam mana sila gugel). Celah mana datang ilham nak beli baju ni pun aku tak tau. Tapi masa aku belek-belek nak beli baju ni dulu, aku suka pada ciri-ciri yang ada padanya. Pertama, kain dia lembut. Apa jenis kain ni pun aku tak tau. Kedua sebab ianya luas di bahagian leher. Senang nak pakai. Aku tak berapa suka baju yang berbutang belah depan sebab butang tu suka main cak-cak. Dan yang ketiga ianya berjerut di bahagian bawah. Bila dipakai ianya akan terjerut diantara pinggang dan punggung. Sungguh selesa.

Dan hari ini. Siapa yang pakai baju corak tenuk jangan dekat. Aku memang dah lama mengidam tenuk. Tapi siapa-siapa yang pakai baju corak beruang kutub sila dekat. Aku nak gomol!!




.

Friday, July 23, 2010

Sayu Kuasa 5

Hari ni hati sayu.

Baca blog satu. Entri sayu.
Baca blog dua. Entri sayu juga.
Baca blog tiga. Pun entri sayu.
Baca blog empat. Senyum kelat.
Baca blog lima. Dah entri sayu balik...

Kenapa la di kala aku sayu, korang pun sayu...

Korang, tolonglah jangan period di kala aku period...!! Sila sumbat gabus....!!





.

Thursday, July 22, 2010

Melaka Dilanggar Todak! Celah Mana datang Todak Aku Pun Tak Tau

Semalam tak hapdet blog sebab banyak kerja. Hari ni nak hapdet blog tapi tak ada idea. Masalah juga tu kan...? Ok. Aku akan menaip tanpa hala tuju. Apa yang terlintas aku taip.

Cerita pasal semalam sikit. Adik aku Bob dan Izzat datang Melaka semalam. Mungkin sampai Ahad. Ada perlawanan sofbol peringkat kebangsaan. Siapa yang minat sofbol sila ke stadium hang jebat. Aku? Sumpah aku tak minat. Ha ha. Tapi aku sokong apa yang adik-adik aku buat. Game mula hari ni. Tapi jadual budak-budak tu aku tak tanya lagi. Aku nak ke stadium jika adik-adik aku main sahaja. Siapa nak ikut? Jom!!.

Malam semalam aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Apsal ntah le.

Nak masak gulai tempoyak ikan patin tapi tak jumpa-jumpa tempoyaknya. Ni yang ada aku buat perangai gantikan tempoyak dengan mayonis nih kang...!

Dah lah. Sungguh tak ada haluan entri aku hari ni. Aci tak hapdet gini gaya kekdahnya....?






.

Tuesday, July 20, 2010

Cekelat Ai-Leb-Yu

Semalam. Pergi shopping barang sikit. Di rak yang penuh dengan coklat, aku ternampak coklat yang dibungkus cantik. Bekas bentuk hati. Kecil dan sungguh syomel.

Aku. Ambil dan bagi pada Darren.

"Coklat ni untuk Abang. Ai Love Yu...!!!".

.

.

.

.

"Tapi nanti coklat ni Abang bayar tau....".





Ai Leb Yu lah sangattttttttt, kan...?

Kih kih kih...


.

Monday, July 19, 2010

*, * dan *

* Sedikit kurang gemar untuk menulis di hari-hari begini kerana aku cenderung untuk menulis dengan emosi. Di hari hormon kurang stabil. Aku bukan nak salahkan hormon tapi selalunya bila dah dekat nak period, memang ada perasaan yang... entahlah. Tak tau nak bagi tahu macam mana. Orang perempuan fahamlah... kot!!

* Julai dan Ogos adalah bulan aku tonggang terbalik dengan akaun. Ada rasa nak muntah ni tau...!!

* Rasa tak sabar pulak nak tunggu Anim bersalin. Nak pergi tengok baby. Nak tunggu baby sendiri entah bilalah. Tak dapat dah kot.

* Mimi, Yu dok mana...? Yu bersalin sok Ai nak gi tengok baby Yu bulih tak...?.

* Ada benda yang lama dah rasa nak tulis, tapi tak tertulis-tulis juga. Aku cenderung untuk menulis apa yang aku rasa kalian mahu baca dan bukannya apa yang aku mahu tulis. Teruknya aku.

* Sabtu lepas tengok Mantra. Aku kata cerita tu best. Bab bogel tu sekejap je. Entah berapa saat je. Bogel nampak bontot je pun. Tak la mengghairahkan pun. Tapi yang haram tetap haramlah yek...? Bontot Zul adalah putih dan syantek. Tak berkeladak walau sedikit pun. Patut tunjuk la lama sikit ye dak...? Ha ha. Ye la. Ye la... Aku jahat.

* Puasa dah dekat. Ada yang tak habis ganti puasa lagi...? Ganti cepat.

* Sekarang ni ada satu penyakit asal dah termakan banyak sikit, nak pergi bersenam. Akibatnya. Malam tadi jam 11 lebih baru mandi sebab jam 10.30 baru mula nak bersenam. Betul ke tak elok mandi malam-malam hah...?.

* Hari tu aku ada dapat email. Antara kandungannya, kena minum air 1/2 jam sebelum makan. Tujuan: untuk penghadaman, pencernaan yang baik. Aku ikut. Akibatnya. Masa nak makan tu pulak rasa nak terberak. Potong sungguh....



.

Friday, July 16, 2010

Menyesal Dulu Pendapatan, Menyesal Kahwin... Nasiblah...!!!

Aku makan rambutan. Orang Melaka sebut moktan. Malas betul orang Melaka ni yek...? :p . Kalau durian mereka sebut dian. Nasib baik la betik tak sebut nen. Kaitan? Memang tak ada kaitan!!


Rambutan dari kebun nenek di Durian Tunggal. Makcik bagi hari tu.

Darren tanya, "Sedap tak rambutan tu....?".

Aku jawab, "Sedap. Rasa rambutan..!!!".







Korang rasa ada tak dia menyesal kawen dengan aku...?







.

Thursday, July 15, 2010

Rindu

Belum pun seminggu World Cup berakhir, tapi aku dah rasa rindu suasana segalanya-bola. Kita layan lagu Waka Waka by Shakira ni. Dia punya dance yang nak gaya-beruk-beruk tu yang aku suka tu...




Kamu cepat berahi...? Tok sah tengok lah...!!!

:p


.

Tuesday, July 13, 2010

Tak Ada Siapa Nak Layan

Di suatu pagi Ahad aku terdengar MC mengomel-ngomel, "Bu... MC ni bosan la. Tak ada siapa nak layan MC...!".







Dia ni mintak adik ke mintak bini aku pun tak pasti...





.

Friday, July 9, 2010

Kurang Air

Aku memang ada masalah nak minum air. Aku pun tak tau kenapa. Selalunya. Pagi secawan. Tengahari segelas. Petang kang segelas. Itu kalau tak joging la. Kalau joging, dapat la lagi segelas.


Maka. Secara puratanya. Aku hanya mampu minum 4 gelas air sahaja sehari. Dan kamu percaya tak... Pada hari aku berpuasa Isnin semalam ni, aku hanya minum suku gelas air masa berbuka dan setengah gelas lagi selepas solat. Lepas tu tak minum dah. Esok puasa lagi.


Nasib baik hari Selasa tu aku hidup lagi...

Kalau tak.... Kurang dah sorang samseng-kampung-dusun...





Cerita Lain.

Tijah ungkit isu 21cm dalam kosmo semalam.

Jah, jangan teruja sangat. Untuk standard badan tinggi-tinggi kita nih... 21cm adalah senak ok!

Wakakaka....















.

Tuesday, July 6, 2010

Terbabas

Aku solat Zohor. Selesai salam. Aku berdiri semula. Angkat takbir.

Kemudian aku dengar MC mengomel-ngomel, "Aik... Solat lagi...? Tak kan ulang balik kot...??!!".

Aku tak tahan. Aku ketawa. Aku angkat takbir semula.



Diam kau MC...!! Ibu nak qadha solat Subuh nih...







.

Sunday, July 4, 2010

Buah Menggemukkan...?

Saje je la nak tanya... Makan durian boleh gemuk tak...?




Cerita Lain.


Malam semalam. Boleh pulak terserempak dengan yb di Umbai. Makan di kedai yang sama. Meja sebelah-sebelah. Ha ha.

Ini yang dinamakan jodoh pertemuan di tangan tuhan...

:)






.