Ini blog sampah!

Thursday, September 30, 2010

Mana La Bulehhhhhhhh.....


MC ada ujian bulanan. Dan semalam. Sekolah agama belah petang tu cuti peristiwa. Makanya, daripada dia mengadap psp je, aku suruh dia buat latihan yang soalannya aku buat sendiri. Soalan asas je la pun. Buku latihan-kertas-nipis-harga-murah-tapi-banyak-soalan yang aku beli di kedai buku tertinggal pula di rumah.

Mula-mula soalan darab. Aku bagi. Dia jawab. Aku semak. 2 salah.
Dah siap. Aku bagi pula soalan bahagi. Semua betul.
Siap. Lepas tu soalan tambah pulak. Aku bagi soalan. Dia buat...

Tiba-tiba.
Aku dengar bunyi orang ketuk kalkulator.





"MC....!!!!!!!!!!".



.

Wednesday, September 29, 2010

Tak Berselera

Kalau kaki tu putih, gebu, kecik, panjang tak pe lah nak tayang. Ini dah macam balak hanyut pun ada hati nak pakai seluar pendek nampak lelurah segala!

Rasa nak ku cucuk dengan jarum peniti.
Ok. Aku jahat.


Update: Cerita Lain

Aku curi gambar budak jahat di atas dari blog mak cik nih.
Dengan ucapan...

Hepi Befday Bebek!
Bibir seksi siot...




.

Tuesday, September 28, 2010

Tengok Pulau Pinang Nampak Singapore

Satu istilah yang baru aku dengar baru-baru ini.

'Tengok Pulau Pinang Nampak Singapore'.

Faham?
Kasi cerita la sikit...

 


.

Friday, September 24, 2010

Kuih Raya Tahun Ini

Kuih raya yang wajib untuk diri saya ialah tat nenas. Tak boleh tidak. Raya tanpa tat nenas adalah  ibarat pakai baju tak pakai bra. Saya sanggup untuk beli tat nenas dari beberapa kedai yang berbeza. Dan saya juga sanggup jika balang kuih raya saya diisi dengan hanya kuih tat nenas. Tapi lain-lain rasa. Ah! Saya peduli hape. Kenapa pulak bersaya-saya nih...? Ntah.


Tat nenas balang satu.
Rupa sangat jelita tapi rasa macam haram. Tepung tak sedap. Inti pun tak sedap. Siapa yang buat sila rasa berdosa. Tempat beli: Mydin Mall.


Tat nenas balang dua.
Rupa adalah tak berapa berdisiplin. Penyek-penyek. Tepung bertabur-tabur. Tetapi rasa adalah syurga. Tempat beli: Bazaar Ramadan Taman Cempaka (depan Melaka Sentral)




Kuih raya lain tak sempat amik gambar dah habis. Dan sebalang MC dah lambakkan. Habis karpet rumah saya. Kuih sedap pulak tu.


Dan yang ini adalah kuih raya versi kepek-kepek. Saya baru beli semalam. Ya. Semalam. Sebab kuih raya di rumah saya sudah hampir habis. Dan hari ini, kerepek ni dah tinggal suku. Jangan tanya siapa yang cekik. Saya tak nak mengaku.


Kepek Memori Indah. Diperbuat daripada soya. Sungguh sedap sehingga menjilat jari. Sungguh. Memang saya jilat jari semalam. Sebab malas nak basuh tangan. Tempat beli: Tesco Melaka.


Dekat sikit. Tergoda? Kalau tak tergoda tu barangkali anda perlukan buah tunjuk langit.


Lagi dekat. Ok. Jari saya memang cantek. Saya tau..!


:p









.

Thursday, September 23, 2010

Satu, 2, Tiga, 4, Li....


Cerita Satu.

Sabtu lepas, aku ke Persada, JB untuk satu majlis. Aku rakam sedikit saat yang mungkin bermakna buat tuan punya badan dari henfon cabuk aku. Untuk simpanan aku sahaja. Rakaman yang lebih baik dibuat oleh SIL. Rakaman sungguh tidak berkualiti. Hanya diambil dari tempat duduk kami yang bertanda 'Ahli Keluarga Para Pemenang'. Rakaman di celah-celah kepala manusia dan diambil oleh seorang manusia yang malas nak bangun pergi dekat.

video

Sekadar berkongsi. Kalau tak faham majlis apakah tak payah penat-penat fikir. Tak penting semua tu.

Cuma nak cerita tentang hal yang ini.

Lepas maghrib, kami bersiap-siap untuk ke Persada, JB untuk majlis tersebut. Ayahanda telah berada di sana kerana dia menginap di hotel betul-betul terletak di sebelah bangunan Persada. Kami, di hotel lain yang berdekatan.

Malam tu anak-mak-mertua-aku-yang-menikah-dengan-aku pakai baju batik buat pertama kalinya. Ya. Pertama kali. Ha ha.

Mak pandang dia, mak senyum.
SIL pandang dia, SIL senyum.
Aku pandang dia, rasa nak tergelak pun ada. Ok. Abaikan apa-apa yang aku rasa sebab aku memang berperasaan tak sama macam orang lain.

Dan mak bisik ke telinga aku, 'Orang lelaki, kalau umur makin nak hampir 40 makin segak, kan...? Orang perempuan makin tua, makin kerepot!'.

Dan-dan aku rasa nak pakai susuk!


Cerita Dua.

Aku tengah tonggang terbalik menyiapkan penyata akaun syarikat yang aku buat-secara-rilek-rilek tempohari. Dan semalam. Baru aku perasan yang aku tak kira stok pada 31.07.2010 hari tu.

Oleh kerana stok tidak dikira pada tarikh yang sepatutnya, sekarang aku terpaksa buat pengiraan stok ditambah dengan segala-mak-nenek-adjustment.

Tak ke makin menyusahkan tu...? Padan muka!


Cerita Tiga.

Balik kampung hari tu - tengok baby orang.
Layan tetamu datang beraya di rumah - pegang baby orang.
Pergi blog Zyma - cerita baby.
Pergi blog  Mimi - cerita baby.

Pandang aku, :-)
Dalam hati, :-(

.
.
.

Takdir tiada pilihan.


Cerita Empat.

Satu atau Kosong.

Ntah.


Cerita Li....

Argghhhh..... Celah mana datang semut api merayap atas kaki nih...? Aku publish post dulu. Nanti sambung cerita....




.

Monday, September 20, 2010

Tunggu

Kawan-kawan,

Gua ada kerja sikit.
Ok. Bukan sikit. Banyak sebenarnya.

Tunggu gua yek.
Nanti gua balik.


.

Friday, September 17, 2010

Hambeklah!!!!


Orang. Kalau mengaruk mintak duit raya dari kita, kita kena bagi. Tak baik tau kedekut.
Makanya. Terimalah. Ikhlas dari aku...


.

.

.

.

via MMS. Kreh kreh kreh....

Ada siapa-siapa lagi yang nak duit raya....? Kabor cepat!!!



Cerita Lain

Pagi tadi sebelum budak MC mandi nak pergi sekolah, aku ambik gambar dia. Tengoklah pesen rambut dia baru bangun dari tidur....



Aku nak tuduh budak Paiseh je punya pengaruh nih...!!!




.

Wednesday, September 15, 2010

"Beringat-ingat....!!!", kata mak cik tu.


Raya ketiga. Malam. Hadiri majlis kenduri sambut cucu di rumah datuk saudara di kampung. Duduk makan-makan di bawah khemah, aku didatangi oleh 2 pupu tiri - Mr. K. Entah. Tak tau nak sebut macam mana. Dia adalah anak tiri sepupu mak aku. Betul la kot tu kan...?

Dengan sedikit teruja mungkin kerana telah terlalu lama tidak berjumpa, dia menerpa ke arah aku. Lantas dia bisik ke telinga aku, "Ini Tas ke Teh...?". Aku gelak. Tak sudah-sudah keliru.

Tak sempat aku nak jawab, 2 pupu aku kena sound depan-depan dengan seorang makcik orang kampung tu. "Hahhhhhh.... Beringat-ingat.... Beringat-ingat...!!!". Peringatan itu mungkin untuk Mr. K, tapi apa gila aku tak turut terasa.

Dan. Tiba-tiba aku terasa aku adalah anak dara berusia 15 tahun yang kena tegur dengan orang tua walaupun aku dah beranak sorang dan mamat tu dah anak dua. Ha ha.

Alah mak cik, dia bisik je bukan dia cium!!!

Ahaks.



.

Sunday, September 12, 2010

Persamaan Hari Raya

Hari Raya Pertama + Hari Raya Kedua + Hari Raya Ketiga = Pembaraian Diet Selama Berbulan-bulan.


Hampehhhhhhhh....!!!!




.

Wednesday, September 8, 2010

Kenapa Buang?

Ya. Kadang-kadang ada banyak isu-isu besar yang terlalu payah untuk difahami oleh seorang anak kecil. Isu pembuangan bayi, misalnya. MC kerap tanya aku, kenapa bayi itu dibuang?. Aku kata, mungkin si ibu telah hilang rasa sayang dan belas. Kasihan.

Dan MC kata lagi, 'Nasib baik la ibu tak buang MC.....!'.




Kenapa pulak laaaaaa aku nak buang dia, kan....? Haih...





.


Selingan.


Lagu yang sungguh sweet dari Fynn Jamal. Seh, gua tak bantah. Gua sokong!





Gelak jantan Fynn tu yang aku suka tu.


.

Cerita lain.

Gua ingat. Mana-mana blog yang ada word verification, gua tak nak komenlah. Gua penat naik menaip. Dan yang paling penting, gua tak nak juling sebab tengok huruf yang senget dan melekat-lekat tu. Jembalang tanah mana yang gatal wujudkan benda alah tu hah...?.



.

Saturday, September 4, 2010

Anak Sapa La Nih....



Muka tu lawa dah walaupun kulit tu kaler hitam. Senyum pun manis-manis je. Cheek bone tinggi tu, kalau mengaku anak KD pun orang percaya tu.

Tapi korang ingat senang ke aku nak amik gambor dia gitu gaya. Nak kena sogok dengan bunga api asap banyak + pop-pop + mercun papan (yang ni dia lah yang mintak) baru jalan.

Kalau takkkkkk... Macam ni laaaa.....



Astagfirullahalazim......





.

Friday, September 3, 2010

Jadual Raya

Anda pernah bergaduh laki bini kerana hal balik raya? Raya kampung yu atau kampung ai? Aku tak pernah. Sebab tiap tahun aku akan beraya di kedua-dua kampung. Selalunya, pagi aku akan beraya di Melaka dengan keluarga mertua dan selepas merayap ke rumah saudara-mara, lepas Asar baru balik Teluk Intan.

Tapi tahun ni mak mer kata kita raya KL. KL tak KL lah, Greenwood tu celah Selangor, kan....?. Bermakna malam raya atau mungkin pagi raya aku akan gerak ke KL. Mak dan bapak dah balik sana dah semalam (aku main agak je nih... silap-silap ada lagi orang tua tu kat TTU). Lepas merayap ke rumah saudara-mara di KL, petang tu baru balik Teluk Intan.

Teluk Intan ada jam tinggi. Kuale...? Kuale ada geng Al-Maunah. Saje nak kabor! :p

Makanya, jemput datang romah ye..!!!





Apakah kaitan gambar Rendang Tok itu? Tak ada. Saja bubuh. Orang Teluk Intan memang pandai buat rendang tok. Orang Kuale mana tau....! :p


.

Wednesday, September 1, 2010

SMS Bahasa Kambing

Ya. Rakan blogger adalah sangat mengambil berat. Terutama jika mereka tahu yang kamu tidak sihat. Terima kasih ye kawan.

Petang tadi. Tengah aku kelentung-kelentang di dapur, ada sms masuk.

'Salam Tas. Demam dah kurang ke? Cian ko. Harap ko cepat sembuh  :D'.

Aku tekan punat reply. Kemudian, baru aku teringat yang key pad henfon aku ada masalah. No 4 dan no 6 tak boleh tekan. Bermakna aku tak boleh tekan huruf G,H, I (4) dan M, N, O (6).

Tak ke kacau...? Macam mana nak ber-sms dengan cemerlang.

Aku nak jawab begini, 'Dah baik sikit dah. Aku terpaksa buka puasa untuk makan ubat'. Haaa... Tak ke banyak huruf-huruf yang aku tak boleh nak tekan tu...? Maka. Aku jawab begini sahaja, 'Baek skt dah. Aku buka puasa. Ubat'. Macam malas nak layan sms je bunyinya, kan...?. Harap dia tak kecil hati.

Kemudian dia balas. 'Takpelah kalau tak larat. Nanti ko ganti. Ko raya mana tahun ni? Take care :) '.

Dan aku nak jawab, 'Tahun ni raya kat KL tapi petang raya balik Teluk Intan. TQ bebeh'.

Tapi aku hanya jawab begini, 'Raya kl tapi lps tu blk teluk. Tq bebe...... Dah huruf H pulak tak bulih nk taip. Makanya aku memikirkan alternatif. Mungkin aku boleh taip 'Tq bebey'. Tapi.. Ishhh... Dah manja benor pulak bunyinya perkataan bebey tu. Takut dia terjatuh cinta pulak (sila rasa nak muntah darah sekarang).

Dan aku memikirkan huruf lain. Apa kata aku taip sahaja 'Tq bebek'.

Bebek apakah...? Dah rasa macam kambing pulak dahhhhhhh.....



.