Ini adalah entri melepas perasaan. Tak perlu faham.
Gua tak marah. Dan gua tak salahkan dia. Gua tau dia tak sengaja. Dan dia benar-benar tak perasan yang dia dah buat silap.
Gua tak mahu bercerita tentang hal sebenar tetapi gua nak umpamakan begini sahaja. Ok. Gua ulang. Ini hanya perumpamaan. Gua ibaratkan kesnya begini.
Gua ulang sekali lagi. Ibarat ok. Ibarat. Gua saja ulang banyak kali. Ada rasa nak naik darah...? Gua salam cium tangan siap-siap.
Ok. Kisahnya begini.
Ni ibarat ye... Ibarat...
Ok. Ok...
Kih kih kih.
Gua mula sekarang.
Satu hari gua mengalami masalah elektrik rumah gua yang kekejap ok. Kekejap padam. Kekejap lip-lap lip-lap yang menyebabkan gua jadi tak selesa dan membawa ke rasa runsing pun ada. Maka, gua telah meminta tolong seorang kawan gua yang gua sangat percaya untuk selesaikan masalah gua.
Oleh kerana kawan gua sudi untuk membantu, gua telah memberikan kunci rumah gua kepada beliau. Dan beliau pun masuk ke rumah gua dan tolong baiki apa yang patut. Ok. Sila jangan pertikaikan kenapa gua perlu bagi kunci rumah dan tidak hanya masuk ke rumah gua bersama dia di mana kunci adalah pada tangan gua dan tak perlu diserahkan kepada dia.
Gua dah kata tadi ini kisah yang gua ibaratkan sahaja. Persoalan tersebut nampak logik namun pada hakikat sebenarnya, persoalan tersebut tiada penyelesaiannya. Pening? Tak payah faham bab tu.
Dipendekkan cerita, akhirnya kawan gua dapat selesaikan masalah yang gua hadapi tersebut. Elektrik rumah gua pun dah ok seperti sedia kala.
Setelah beberapa lama berlalu, satu hari gua baru perasan yang kawan gua telah melakukan satu perkara yang gua rasa sungguh gua tak boleh terima di rumah gua. Satu kesilapan yang membawa kepada kesan terhadap gua untuk jangka masa panjang dan tidak keterlaluan juga kalau gua sebut, ianya memberi kesan tak elok seumur hidup gua. Ini ada seriyes.
Dan gua juga tahu yang kawan gua tidak langsung berniat untuk melakukan perkara tersebut malah gua rasa, dia telah melakukannya tanpa sedar. Atau dengan lebih tepat dia sendiri tak tahu yang perbuatannya itu akan memberi kesan tak baik untuk gua. Gua tahu itu.
Dan dalam hati gua pun, tiada sedikit pun rasa marah terhadap kawan gua itu. Gua tau dia tak sengaja. Gua tau dia tak tahu. Dan gua tau dia tak menjangka yang tidak-tidak bakal berlaku. Tapi sedikit sebanyak, gua rasa sedih dan down sangat bila gua tau yang dia dah buat silap. Sebab jika perkara ini berbangkit di masa hadapan, orang akan melihat kesalahan itu pada gua kerana ia melibatkan nama gua dan bukannya dia. Haih...
Di satu sudut yang lain, gua nampak ini adalah sebagai karma. Karma untuk kawan gua tu. Gua ibaratkan begini pula. Sekali lagi ibarat ye. Ibarat yang tiada kaitan dengan cerita elektrik dan kunci tadi. Kalau dulu, ada orang tersepak kaki dia dan sekarang pula dia tersepak kaki gua. Ya. Ini adalah suatu keadilan. Keadilan untuk diri dia dan gua adalah mangsa. Dan yang paling gua tak mahu terjadi ialah karma pada diri gua pula. Hari ini dia tersepak kaki gua, esok-esok mungkin gua pula yang akan tersepak kaki seseorang yang lain. Dan ini yang gua sangat-sangat tak mahu ianya berlaku. Sangat-sangat gua tak mahu. Terfikir-fikir juga gua, siapakah insan yang akan gua tersepak kaki itu...? Harap-harapnya tiada!
Untuk kawan gua yang itu, tak. Gua tak marah lu.
Tapi gua sedikit terganggu.
.
Cerita Lain
Lupakan cerita gua melepaskan perasaan tu.
Ini kes pagi tadi yang membuatkan gua rasa nak naik darah.
Gua memandu untuk ke pejabat. Sampai simpang 3 di kawasan rumah gua, gua kasi berhenti kereta. Gua pandang kiri. Clear. Gua pandang kanan ada kereta. Gua tunggu kasi kereta belah kanan semua lepas baru gua nak keluar simpang. Gua nak ambil jalan ke kanan.
Nampak tak gambaran kedudukan kereta gua? Kalau tak nampak tak payah bacalah entri gua ni senang. Tak ada pekdah pun. Gua malas la nak lukis-lukis.
Dari jalan belah kanan, gua nampak sebiji kereta warna biru. Kereta bukan buatan Malaysia. Gua nampak kereta tu bagi signal kiri. Bermaksud dia nak belok kiri dan masuk ke jalan yang gua berada masa tu. Oleh kerana belakang dia tak ada kereta lain, gua dah ready masuk gear nak gerak kereta gua.
Bila dia dah makin hampir dan gua dah nampak awek yang bawak kereta tu dah tarik stereng kereta ke kiri, gua kasi lepas cluth, gua tekan minyak. Lepaskan hand brake. Kawasan tu berbukit sikit. Kereta gua pun bergerak pelan-pelan.
Tup-tup awek tu bulih tak jadi masuk simpang dan tarik stereng dia ke kanan balik dan jalan terus. Anak ayam sungguh! Gua nak sebut binatang lain sebenarnya tapi gua kasi coolkan diri gua sikit. Walaupun dalam badan gua ni banyak benda tak baik tapi sebenarnya gua solehah. Saje le nak kabor.
Nasib baik gua sempat elak. Kalau bercium kereta gua dengan kereta dia tadi, memang gua cukur kening anak dara tu...!!!
Badigol sood!!!
Maaf.
Nak maki jugak.
Tak tahan!!!
.