Ini blog sampah!

Saturday, December 24, 2011

Kisah Percubaan Aku Mengajar Seorang Budak Mengenal Hidup: Hidup Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Budak MC ada mainan: Lori Tanah.
Budak Lain juga ada mainan: Kapal Terbang.

Budak Lain main lori Budak MC.
Dia koyak-koyakkan kertas.
Bubuh atas lori.
Konon-kononnya pasirlah gamaknya.

Budak MC minta izin Budak Lain, 'Boleh tak aku main kapal terbang kamu...?'.
'Tak boleh!' jawab Budak Lain dengan suara nak gaya meninggi.

Budak MC pujuk, 'Boleh laaaaaa....'.
'Tak bolehhhhh... Tak bolehhhh....!' jerit Budak Lain sambil koyak kertas letak atas lori.

'Ooo... Kau main mainan aku boleh..? Aku pinjam mainan kau tak boleh pulak eh....?', Budak MC dah mula tak puas hati.

Budak Lain buat muka tak ada perasaan.

Aku tengok sahaja.
Aku tau Budak MC marah.
Aku panggil dia.
Aku suruh dia ambil lori yang Budak Lain sedang main.

Budak MC ambil lori.
Letak celah ketiak.

Budak Lain menjerit.
Budak Lain naik darah.
Budak Lain mengamuk.
Budak Lain dah nak menangis.

Aku biarkan sahaja.
Sengaja aku nak tengok reaksi budak-budak tu.

Oleh kerana Budak Lain mengamuk beriya-iya.
Aku suruh Budak MC pulangkan kembali lori kepada Budak Lain.

Budak MC pulangkan kembali lori bersama rasa tak puas hati bersarang dalam dada.

Kemudian aku bercakap dengan Budak Lain, 'Budak Lain (aku panggil nama dia), hidup kita ni, tak boleh pentingkan diri sendiri tau. Kena tolak ansur. Kita guna barang orang, bagi peluang orang lain guna barang kita pula....'.

Budak Lain buat muka tak ada perasaan.




.

39 tak puas hati:

Aku said...

Paaaangg! sedas...

kalau aku la. itu cara aku ajor anak orang.

anak aku sendiri aku nasihat jer.... keh keh keh.

Aku said...

first.

sepa said...

Dino, ko ganas... brutal tuuuu... :)

sepa said...

trade in tak menjadi.!!!... mana bulih lori tukar ngan kapal-terbang... AirAsia-pun boleh bankrupt... :)

Aku said...

Sepa, dah dia kata 'tak ada perasaan'. kalau paaangg! sedas pun bukannya budak tu menangis. tak ada perasaanlah katakan....

Aku said...

Sepa, aku syak lori pasir tu lori hantu la... jenis kaut lombong haram, tu yang budak tu sita dari MC....

AZANI said...

bagus nya ada makcik yang perihatin...kadang kadang anak anak aku berebut payah nak explain...

sepa said...

Dino, mgkn jugak la... budak lain tuh geng2 dak penguatkuasa, kan.?!

sepa said...

Dino,
kejap. aku nak tanya ko.?
kalau ko ada kapal terbang, dan aku ada lori, ko nak tak bagi aku pinjam kapal terbang ko tuh...?

*pas nih, ko tanya aku balik, soalan cam aku tanya, k.?

fatt said...

dia buat muka toya je kak? eeeee....eeeee....*nak angkat tangan*

Aku said...

sepa, aku cakap penguatkuasa tu sebab aku tenagh tgk TV3 pasal lori pasir ni...

Aku said...

sepa,
kalau ko nak pun, aku tak kasi, aku kedekut.

Kalau aku pulak ada kapal terbang dan kamu ada lori pasir, kamu nak aku pinjam lori kamu tak?

azieazah said...

Main lori pasir, nanti tangan kuku semua kotor masuk cacing!

Tijah said...

kalau macam tu...kasi pinjam kamera bulehhhh?

tasekM said...

aku,
kang bergaduh lak aku ngan mak dia.
haha.







aku lagi,
laju gilaaaaaaa...








sepa,
ko jgn la bg anak ko main dgn ank dia.. hehe.








sepa lagi,
tapi apa kes lori pun dapat ke dia... kapal terbang pun dapat ke dia.....?

selfish tu.

:p




.

tasekM said...

aku,
aku syak kalau bg pelempang dan2 mari 'perasaan' tu...








aku lagi,
nnti la aku amik gambor lori tanah tu bg ko tgk.








azani,
anak2 ko takpe bang.
aku faham.
harap org lain pun faham juga.







sepa,
aku syak nk mintak rasuah tu.

kah kah.








sepa lagi,
dino... jawab... jawab...

haha.









fatt,
geram gak jiwa raga aku time tu.

kah kah.


.

tasekM said...

aku n sepa,
kah2.

sorang tanya yg sorang lagi.
yg sorang lagi tanya balik.
bila nk sudah nih..?

aku tak nk campur la.

haha.








azie,
dia main lori pasir.
pasir tak main...

:)








tijah,
buleh.
bg aku pinjam ko punya dslr eh..?




.

bact. said...

si MC neh pon, orang dah sunat mana main lori tanah kapal terbang ke apa ke

orang yang dah sunat layan fixie ja.
baru urban!

gedek! said...

uncle dulu tak main lori...

main dalam longkang je...

Chik Att said...

keh keh keh ...

budak mc ..... apa kelas main lori wehhhh

tasekM said...

bact,
ah! dia...
harap je dh bersunat.
nk tidur pun mintak tepuk.

heh.






gedek,
aku main parit.

:D







CA,
harap badan besor.
jiwa budak2.

haha.


.

Yunus Badawi said...

Perangai anak2 banyak dibentuk oleh perangai ibubapa. Aku rasa MC akan membesar menjadi seorg yg boleh bertolak ansur sebab ko juga jenis tu.

Budak lain tu mementingkan diri mcm emak bapaknya juga aku rasa. Kalau tak ubah dari sekarang, bila besar jangan haraplah nak berubah.

Yunus Badawi said...

ceit komen aku poyo giler.

Abaikan ajelah komen di atas tu.

||alis|| said...

betol, kadang pasal budak mak apak boleh bergado, adehhhhhh~ yg betolnya, biarkan sampai tahap mana kita boleh sabauuu~

ereen said...

adakah 'budak lain' itu anak aku
hahahaha...
dia balik dr melaka bwak kapal terbang juga... hehehe

Waqheh said...

tas,
org cerai rujuk balik jarang buar kenuri..kalo buat pun sedekah masjid jer..jiran gua ni saja gatai, perasan. time gadoh macam nak roboh dinding rumah gua..depa ni rujuk balik siap akad nikah pakai baju nikah sedondon..tak malu kat org..biasa org akad nikah balik kat pejabat agama jer..

jedi said...

suka cara kamu mendidik....

tasekM said...

yb,
ala... bebudak bang.
gitu la...







alis,
aku tak de la sampai nk bergaduh.
hehe.

tapi nk kena didik juga la kan...
melentur buluh nk kena dr rebung.







teh,
hah.
anak ko le tu...

keh keh.







waqheh,
keh keh.

hebat eh jiran ko...








jedi,
mengajar budak stail mengajar org tua.
tak berapa nk jalan.

keh keh.


.

ereen said...

kah kah kah..
aku dah agak hehehe...
dia memang gitu bila berebut mainan ngan nabihah...
tapi budak itu sukar dibendung tau.. sejak ngah manjakan dia..
ikut kehendak dia...
pening aku sebagai ibu..
jenuh nasihat....


tet

Ms.Lilies said...

aku kalo dah tahap camni selalunya aku angkut anak2 aku ngan apa yg diorg bawak balik rumah terus...ko nak melalak silakan....hahahaha

sudipVSsenduk said...

pijak je kapal terbang Budak Lain tu sampai patahh riuk, pas tu rampas lori dan pergi dr situ mcm tak ada perasaan..... ada brani?

ayobkelubi said...

kah kah kah kah!

ada rasa nak bagi penampau tak pam?.

kucingorengemok said...

rajin ko nak kasi pulang balik ye

tasekM said...

teh,
tak faham lagi tu.
besor sikit faham la kot.







mimi,
aku tak boleh buat gitu sbb mereka di rumah aku.

hehe.







sudip,
u mak ai.
ganaznya yu yang...








ayob,
kecik sgt nk bg penampau.
kot besor sikit aku piat gak.

keh keh.







kog,
mmg rajin.
sbb aku nk ajar budak MC tu mengalah.
itu pun sorang... dh dia sorang2 kat umah ni tak ada adik beradik lain... tak reti beralah juga tu...




.

gadisBunga said...

budak lain tu paham ke tak sebenonye?

cimOt said...

teringat plak aku gaduh ngan jiran dulu...mak dye buat bodo je ble anak dye yg carik gaduh ngan ank org lain..grrrrrr..terus putus sejak pindah umah...benci aku ngan budah n mak dye tu..

tasekM said...

gbunga,
aku syak dia tak faham.

:)








cimot,
masalah budak2 tak kisah sgt eh... masalah dgn mak budak tu yg semak.


.

PUTUBAMBU said...

Budak Lain tu berapa tahun tas?

ape ke tak pahamnya budak tu..
tak paham bahasa melayu ke?

semoga MC tak jadi seperti Budak Lain yg selfish tu

tasekM said...

putu,
budak kecik beb...
baru nk masuk darjah satu.
tak paham lagi rasanya..



.