Entahlah.
Hari ini.
Gua rasa nak jadi burung.
Gua nak terbang tinggi.
Gua nak terbang bebas.
Gua nak terbang melayang.
Gua nak tengok dunia dari atas sana.
Mendung-mendung begini.
Kala hujan baru berhenti.
Udara pasti segar.
Sejuk.
Kot-kot gua nak terkencing kang.
Gua masuk la tandas...
.
Monday, January 31, 2011
Friday, January 28, 2011
Lu Mesti Pergi!
Pertama kali gua jumpa Ana Raffali di sinilah.
MASKARA yang ke berapa pun gua dah tak ingat.
Pertama kali gua berborak dengan Pipi juga di sini.
Pertama kali gua nampak Tok R tapi gua malu nak tegur juga di sini.
Pertama kali gua jumpa yang lain-lainnya juga di sini.
Err... Kelambu... Kita pernah jumpakah di sini?
Gua ingat-ingat lupa la.
Pertama kali gua jumpa kekanda Lily juga di sini.
Dan gua jumpa Cekgu Den buat pertama kalinya juga di sini.
Bapak cekap dia mengesan gua.
Gua pandang dia, dia senyum, gua senyum.
Dia pandang gua, gua buat muka sambil mata gua pandang ke langit.
Malam tu, Den bagi gua hasil tangan dia.
Cantek sungguh.
Gua simpan baik-baik.
MASKARA pertama yang gua datang, gua berkenalan dengan Genderal Sindiket Soljah.
Kekanda Naga.
Gua rasa-rasa dalam 10 tahun juga dia tu tua dari gua.
Gua nak bagitau satu je.
Perempuan.
Jika kamu cepat jatuh cinta, sila bawa perisai hati.
Kerana kekanda Naga adalah seorang yang akan buat kamu tertawan dengan caranya.
Betul.
Gua tak bohong.
Gua amat setuju dengan gelaran yang kawan gua Nida beri.
Naga - Jejaka yang bisa buat gadis-gadis genit jatuh cinta.
Gua tanya Nida.
Lu dah terjatuh cintakah?
Kata Nida, "Tidak. Iman gua kuat!".
Lantas gua balas, "Iman gua pun kuat jugak!"
.
Thursday, January 27, 2011
Tidakkah....?
Hari tu.
Masa tengah mencari lagu untuk Siti tu.
Gua terjumpa video nih.
Oh! Tiba-tiba teringat ke MJ.
Kenapa dia menari gitu gaya kekdahnya hah.
Menggaru kurapkah...?
Tuduhannnnnnnnn......
Minat betul gua ke brader Singh tu.
Tapi kan.
Dah gitu gaya punya split.
Tak ke bengkak.... Errr... Tak de mendelah!

Wednesday, January 26, 2011
Burung Kluk-kluk
Satu hari budak MC godek-godek laci di pejabat.
"Setem ni bila expired ...?".
Kenapa pulak setem nak kena expired nih....
Cerita Lain.
Satu hari Darren tanya.
Turkey dalam bahasa Melayu burung apa.
Gua jawab burung kluk-kluk.
Dia tak puas hati.
Gua kata jangan cakap banyak.
Kecik-kecik dulu.
Arwah tok gua memang ada bela turkey.
Memang dia bunyi kluk-kluk-kluk-kluk....
Cerita Lain Lagi.
Kepada Siti...
Lagu ni yang lu nak up load tak bulih semalam tu yek...?
Gua kasi up load untuk lu.
Intro by Yuna tu memang gua suka...

Tuesday, January 25, 2011
Ramalan Apakah
Satu dua hari ni.
Gua dapati.
Blog gua telah dijengah dari url RamalanPMR2011[dot]maths-catch[dot]com.
Ada link dari web itu ke blog gua kah...?
Jangan buat hal.
Lingkup budak sekolah.
Cerita Lain.
Ni terus terang je gua cakap.
Gua memanglah tersangat sentap bila orang tanya bila gua nak beranak lagi.
Gua ingat lu semua pun dah faham.
Gua dah pernah sebut dah benda ni banyak kali.
Maka.
Cubalah untuk fahami gua.
Satu je gua mintak.
Jangan tanya lagi bila gua nak beranak bulih tak..?.
Kot nak tanya sangat.
Tanyalah soalan lain.
Asal tak de sangkut menyangkut dengan hal-hal beranak.
Soalan lain gua ok je nak jawab.
Silap-silap lu tak larat nak dengar jawapan dari gua.
Satu soalan lu bagi.
2 jam gua bagi jawapan.
Gua ingat la kan.
Lepas ni.
Kalau ada juga makhluk yang sebok benar menanya.
Bila gua nak beranak...
Bila gua nak beranak...
Satu je gua nak cakap.
"Bak sini laki lu gua pinjam barang 10 hari.....".
Dak Ah_mad tak bulih komen!
Ihiks.
:p
.
Monday, January 24, 2011
Maaf. Gambor Tak Ada. Kamera HP Jahanam.
Pernah tak dengar.
Orang kata.
Memasak dengan rasa kasih dan sayang.
Mesti sedap.
Berbekalkan kasih sayang.
Gua buat kek kukus.
Dengan tiada skill.
Resepi baca sekali lalu.
Dan buat-buat pandai - orang pukul telur dengan pemukul telur gua guna garfu.
Pemukul telur menyorok mana ntah.
Perrgghhh..... Memang terbaek.
Kek gua menjadi sangat-sangat....
.... menjadi bantat!
Tak cukup kasih sayang barangkali....

Thursday, January 20, 2011
Potong
"Bersunat tu potong telur yek....?" - budak MC.
Habis pupus la manusia gitu gaya.
Habis pupus la manusia gitu gaya.
Sudah rabun.
1oo kiri.
1oo kanan.
Telinga adalah sangat Darren.
.
Wednesday, January 19, 2011
Gua Nak Jawab Komen
Entri ini adalah entri yang panjang meleret-leret.
Ditambah dengan cara gua menaip satu ayat tekan enter, taip satu ayat tekan enter, ia akan nampak bukan sahaja meleret-leret tetapi berjela-jela.
Maka.
Jika lu tak punya banyak masa, atau lu berada di pejabat, sila tekan butang pangkah.
Di atas belah kanan sana.
Jika tidak, masa lu akan terbuang.
Dan gua hanya akan berbicara dengan cara yang di luar daripada biasa.
Cara yang mungkin akan membosankan.
Dan tiada cerita ketawa-ketawa.
Sebelum itu.
Jika lu berhajat untuk terus membaca entri gua.
Lu kena ke sini terlebih dahulu.
Itu entri gua beberapa hari lepas.
Cuba lu tengok bahagian komen hingga ke akhir.
Dan gua nak jawab komen ke-46 dari saudara Ah_mad itu di sini.
Dah baca komen beliau?
Ok.
Sekarang gua mahu balas.
Maaf.
Gua tak boleh nak print screen komen tersebut berikutan laptop gua hanya menggunakan window stater.
Memang tak boleh nak print screen dengan cara biasa yang kita buat jika menggunakan window xp atau yang sewaktu dengannya.
Tak boleh.
Gua dah cuba banyak kali.
Sebenarnya.
Gua baru terperasan komen tersebut semalam.
Sebelum ni tak perasan pula.
Maaf ye saudara.
Lambat respond kepada komen kamu.
Ada beberapa isu yang gua nak sentuh dalam komen lu.
Yang gua cuba jelaskan dengan pendek dan padat serta ringkas.
Satu. Soal keaiban.
Dua. Soal kebaikan.
Tiga. Soal keikhlasan.
Satu.
Kalau lu kata entri gua itu mengaibkan encik D, gua terfikir atas faktor apakah yang membuatkan lu berfikir sedemikian.
Gua nampak 2.
Pertama. Mungkin penggunaan perkataan 'terkangkang' itu mengaibkan.
Kedua. Mungkin kerana gua kata kemahiran encik D dalam soal memasak berlevel o.5.
Gua pergi ke isu pertama - perkataan 'terkangkang'.
Kalau lu ikut blog gua dari awal.
Lu akan tahu yang gua suka mengakhiri entri gua dengan ayat-ayat sarkastik.
Dan dramatik.
Itu memang cara gua.
Dan.
Ini tidak bermakna ianya benar-benar berlaku.
Contoh.
Ada satu entri gua, yang gua akhiri dengan ayat, "lu nak kena rogol...?".
Tidaklah bermakna gua betul-betul nak merogol.
Ianya cuma gaya bahasa gua.
Lu kena tengok ianya dalam kontek cara atau gaya penulisan.
Bukannya pada realiti.
Apa kejad pulak gua nak pergi merogol.
Gua tau. Cara gua menulis kasar.
Tapi ianya hanya gaya yang gua guna untuk menulis.
Dan gua juga boleh menulis dengan cara yang lain jika gua mahu.
Berbalik kepada perkataan 'terkangkang'.
Kalau lu nak tau, encik D tak terkangkang pun masa tu.
Walau dia benar-benar menonoton tv, namun tidaklah sampai terkangkang.
Dia duduk secara elok dan sopan sahaja.
Cuma gua yang kasi exaggerate isu tu.
Dan gua memang sengaja.
Dan bagi yang dah lama baca blog gua, gua percaya mereka sudah faham dan sangat masak dengan gua.
Pesen saja suka nak lebey-lebey.
Pada hal...
Ah! Gua malas nak cerita banyak.
Mereka dah faham gua.
Bagi gua.
Tak ada unsur mengaibkan pun di sini.
Ok.
Isu kedua.
Jika lu rasa bila gua kata encik D berkemahiran memasak level o.5 itu adalah sesuatu yang mengaibkan, gua sikit pun tak setuju.
Sebab.
Ada gua kesah dia tak reti memasak?
Dan gua juga pasti, para isteri juga amatlah tak kisah jika sang suami tak tahu memasak.
Sungguh.
Dan.
Jika gua tanya kepada para suami sekalian, kisahkah kamu jika kamu tak pandai memasak?
Gua juga pasti, memang tak ada suami pun yang kisah.
Kerana.
Kita telah terbiasa dengan keadaan bahawa kemahiran memasak itu harus ada pada para isteri tetapi bukan suami.
Contoh.
Bila seorang lelaki nak masuk mengecek anak dara orang, ada bakal mak mertua tu tanya, lu tau tak memasak wahai anak bujang...? Tak ada.
Malah anak dara dialah yang dikerah suruh belajar memasak.
Selagi tak tahu memasak, jangan gatal kau nak kahwin.
Bermakna.
Bagi seorang lelaki yang tidak tahu memasak, ianya adalah perkara biasa.
Bukanlah perkara yang mengaibkan pun.
Cuma.
Yang isteri mahukan ialah, bantulah pada perkara yang lainnya jika isteri sedang tonggang terbalik memasak di dapur.
Tolong jaga anak misalnya.
Dan untuk pengetahuan saudara, gua tak punya nak kecil untuk dikelek.
Makanya, walau encik D nak terbongkang time gua memasak pun, gua adalah sangat-sangat tak kisah.
Gua tak nampak pun isu mengaibkan di sini.
Ok.
Rehat jap.
Gua nak minum air.
Dua. Soal kebaikan.
Beginilah.
Gua sebenarnya memang tak suka untuk menceritakan apa jua kebaikan.
Baik tentang diri gua.
Baik tentang laki gua.
Baik tentang anak gua,
Malah kebaikan keluarga gua setiap seorangnya juga, gua tak suka petik.
Ini memang cara gua.
Cara gua mendidik hati gua daripada merasakan gua bagus.
Gua takut, bila gua cerita yang baik-baik tentang gua dan yang lain-lainnya, gua jadi riak.
Atau sombong.
Atau rasa lebih dari yang lain.
Atau rasa mulia.
Kerana semua kebaikan itu datang dari Dia.
Bermakna kalau bukan dengan izinNya, satu benda baik pun gua tak dapat buat.
Berhakkah gua mencanang itu ini?
Gua tak nampak sedikit ruang pun untuk itu.
TAPI.
Gua lebih suka bercerita tentang kelemahan dan kekurangan gua.
Kelemahan dan kekurangan laki gua.
Kelemahan dan kekurangan anak gua.
Kelemahan dan kekurangan yang lain-lainnya yang berkaitan dengan gua.
Lu tau, bukan semua orang mahu mengaku kelemahan diri.
Kekhilafan diri.
Kekurangan diri.
Dan gua, adalah tidak kisah jika dikritik bila gua dedahkan kelemahan gua.
Moga.
Dengan kutukan ikhlas mahupun tidak ikhlas dari yang lain, gua lebih tahu apa silap gua.
Apa yang tak betul tentang gua.
Moga-moga gua boleh perbaikinya.
Kalau tak banyak.
Sedikit.
Kalau tak sekali harung.
Sikit-sikit.
[bab menceritakan kebaikan ni gua nak ulas panjang nanti].
Lagi satu.
Punca gua tak suka untuk menceritakan tentang kebaikan insan-insan yang terdekat dengan gua ialah kerana gua malu dengan kamu-kamu yang hebat di luar sana.
Gua ambil contoh begini.
Kalau gua cerita tentang gua dihadiahi sekuntum bunga dari pasangan gua, gua malu bila ianya dibaca oleh seorang wanita lain yang dihadiahi sedozen bunga oleh pasangan mereka.
Dengan kata lain, apalah sangat sekuntum bunga yang gua dapat tu.
Orang lain dapat yang lebih indah pun tak kecoh.
Bukanlah bermakna gua tidak menghargai apa yang gua terima itu.
Tetapi.
Gua terima dengan rasa rendah diri.
Kesimpulannya untuk isu ini, apa jua kebaikan dan kelebihan yang gua ada, gua tak perlu cerita.
Dan orang lain tak perlu tahu.
Tetapi gua tak segan untuk mendedahkan segala kekurangan yang ada pada gua.
Kutuklah kalau mahu sekalipun.
Gua ok.
Ini. Cuma cara gua mendidik hati gua.
Hati gua, yang kadang-kadang cepat takbur dengan segala apa yang gua ada.
Gua benci bila ada riak bersarang dalam hati gua.
Itu sahaja.
Cuma.
Cara gua bukan yang terbaik itu gua tau.
Tapi itulah cara yang gua rasa selesa.
Tiga. Soal keikhlasan.
Celah mana yang lu boleh petik kata gua buat kerja tak ikhlas nih?
Soal ikhlas tak ikhlas ni terlalu payah untuk diperjelaskan.
Dan bagi gua ianya tak perlu diperjelaskan langsung.
Itu semua letak pada niat masing-masing.
Soal dalam hati.
Semua orang boleh menyatakan keikhlasan namun hakikatnya hanya orang itu yang tahu sejauh mana yang dikatakan ikhlas.
Gua nak tanya.
Lu ikhlas ke tegur gua nih...?
Lu boleh kata ikhlas tapi apa yang ada dalam hati lu hanya lu dan Dia yang tahu.
Apa kayu pengukur keikhlasan gua pun tak berapa pasti.
Tapi.
Kalau lu kata laki gua bencikan gua disebabkan gua buat kerja dengan rasa benci dan terpaksa, gua tak setuju.
Bukan sahaja tak setuju.
Malah gua tak suka.
Gua. Tahu tanggungjawab gua.
Dan gua mencuba untuk lakukan sehabis baik.
Dengan lapang dada.
Dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sedaya mampu gua.
Jangan ragui keikhlasan gua.
Andai wujud rasa benci di hati laki gua, atau siapa-siapa jua, gua percaya ianya mungkin datang dari kekurangan dan kejahilan diri gua di mana-mana.
Dan bukan kerana tiada keikhlasan gua memberi khidmat untuk mereka.
Sekian.
Gua dah penat menaip nih..

Tuesday, January 18, 2011
Dia Tak Tau Gua Punya Singa, Gua Simpan Dalam Baju
Gua sebenarnya.
Adalah manusia yang tak mesra jurujual.
Sungguh.
Kalau benda yang lu jual tu tak pernah ada dalam kepala hotak gua, memang gua tak kan beli.
Gua ulang.
Tak kan.
Tambah-tambah kalau benda tu memang tak berguna untuk gua.
Atau mungkin benda tu gua dah ada.
Memang gua tak layan.
Bukan niat gua nak menyombong ke hape.
Tapi.
Kalau lu dah cerita pung pang pung pang dengan gua.
Dan kemudiannya.
Gua kata Tak Nak!.
Gua takut lu ada rasa nak gantung diri.
Ok.
Gua nak cerita nih.
Satu hari.
Gua pergi Mydin.
Manjang je pergi Mydinnya, kan..?
Oh! Kalau kamu mahu tahu.
Barang keperluan rumah yang paling murah adalah di Mydin.
Apa jadah kalau Mydin jual Dynamo 9 hengget gua nak pergi beli kat Jasko 12 hengget.
Ceritanya gini.
Masa gua jalan nak masuk hypermarket tu, gua didatangi sorang mamat jurujual.
Jual broadband kalau gua tak silap.
Datang dekat-dekat gua.
Dia bukak mulut je, gua dah geleng kepala.
Gua kasi senyum sedas.
Gua kata terima kasih.
Tanda gua tak nak le tu.
Dah nama jurujual.
Hati memang cekal.
Tak putus asa pujuk gua.
Dia pujuk.
Gua kata tak nak.
Dia pujuk lagi.
Gua kata tak nak lagi.
Dia ikut bontot gua.
Kemudian keluar dari mulut dia, "Alaaaaa... Kakkkkkk.....".
Dengan nada yang amat-amat-amatlah manjanya.
Kejap gua nak tanya.
Muka gua ni ada gaya muka tempat nak bermanja-manja ke?

Monday, January 17, 2011
Sumpah Gua Tak Faham...
Gua adalah tidak faham.
Bila lu menghadirkan diri untuk acara yang dinamakan gotong-royong.
Gotong-royong membersihkan kawasan.
Dan tak ada siapa pun yang letak parang celah tengkuk paksa lu datang.
Bermakna.
Kalau lu rasa, lu nak hidup bermasyarakat dan ada rasa tolong menolong, lu pergi.
Kalau lu rasa, esok kalau lu mati, lu boleh masuk kubur sendiri-sendiri, lu tak payahlah pergi.
Dan.
Lu datang.
Dengan gaya diva-diva.
Orang bergotong-royong, lu peluk tubuh sambil sembang-sembang dengan geng-geng yang seangkatan dengan lu.
Pung pang pung pang.
Dan kemudian.
Bila pihak penganjur jemput makan.
Lu lah orang pertama yang kelam-kabut tak tentu hala.
Sama naik dengan budak-budak.
Ambil kuih karipap sampai satu polistrin.
Sila jangan kata lu tak pernah makan karipap.
TTU ni kawasan elit.
Deme la yang elitnya.
Gua tak.
Gua orang biasa.
Rata-rata pesen rumah besor, kereta besor.
Lu datang gotong-royong tu niat lu apa sebenarnya...?
Gua ingat la kan.
Makhluk gini gaya punya perangai dah pupus dah dalam dunia nih.
Rupa-rupanya ada lagi.
Haih...

Saturday, January 15, 2011
Idea Menghapdet Blog Mari Sebelum Maghrib. Jahat Betul Syaiton!
Pertama sekali.
Sila abaikan kualiti gambar yang macam harem.
Gua tak ada kamera sedap macam lu.
Kedua.
Sila jangan malu melihat pinggan plastik gua.
Gua pun tak malu tunjuk, tak kan lu pulak yang malu tengok.
Ok la. Ok la.
Gua malu sebenarnya tapi peduliklah.
Saja la nak kabor.
Gua buat penkek hari ni.
Penkek pisang dan kismis.
Dia punya rasa.
Mak aiiiiiiii....
Gua ingat la.
Bagi penggemar-penggemar penkek.
Mau dibunuhnya Darren lepas tu dan-dan masuk minang gua...!
Ok. Boleh kutuk sekarang.
Gua nak tutup telinga.
.
Friday, January 14, 2011
Oleh kerana minggu lepas makan tak hengat dunia, makanya minggu ini....
3 hari puasa.
3 hari berbuka dengan beberapa keping roti.
3 hari sebelum tidur makan beberapa keping biskut sehat.
3 hari berbuka dengan tak sampai 2 gelas air.
Nak mintak maaf siap-siap nih.
Takut esok mati badan tak cukup zat.

Wednesday, January 12, 2011
Tuesday, January 11, 2011
Insaf Di Raya Korban
Dia.
Di rumah.
Masak nasi - tak pernah.
Masak lauk - lagi tak pernah.
Masak air - boleh. Masuk air dalam cerek dan petik suis. Teruk benarlah kalau itu pun tak boleh buat.
Siang ikan - jangan harap.
Potong sayur - pun tak mandang.
Potong ayam - tak nak kutuk banyak. Aku pun suruh abang jual ayam tu yang potong. Kat rumah tak ada parang sedap.
Kesimpulannya.
Kerja-kerja dapur dia berlevel o.5.
Raya haji hari tu.
Bapak buat korban.
Bapak suruh dia tolong di surau.
Lepas lembu tumbang. Disembelih. Dilapah.
Tiba masa untuk potong-potong daging untuk diagih-agihkan.
Dia ambil pisau yang surau sediakan.
Potong daging.
Masuk dalam besen.
Sekali kena sound dengan mak cik-geng-surau.
"Tak payah la potong kecik-kecik... Potong besar-besar....".
Aku punya syak dia potong saiz orang nak buat kari.
Balik.
Terus dapat semangat menolong bini di dapur.
Terus bentang sok kabar kopek ikan bilis.
Tak de maknanya....
Perenggan last tu aku bohong.
Macam selalu-selalu juga la.
Aku memasak, dia terkangkang depan tv.

Monday, January 10, 2011
"Bini Angkat FT" - Gua ada rasa nak tukar status di profile. MZ nyanyi live tak berapa sedap ok.
Tajuk tak ada kena mengena.
_______________________
Gua nak tanya lu.
Lu selalu tak jadi silent reader kepada blog-blog tertentu?
Gua. Ada jugak.
Kalau tuan blog tu nampak diva-diva sangat.
Gua jadi auto malu nak komen.
Pada hal, sesetengahnya, mereka ok sahaja.
Sudi je nak berkawan dengan kita.
Gua je yang malu tak tentu hala.
Tapi. Kalau blogger tu jenis tak balas komen.
Gua jadi malas terus.
Gua baca je la.
Dah blog dia sedap.
Dulu.
Kak Ash pernah cakap.
Dah dekat 2 tahun dia mengendap gua, baru dia tinggal jejak.
Gua suka pengakuan ikhlas tu.
Dan penyudahnya, kami berkawan baik.
Dua tiga hari lepas, gua dapat trace pengendap-pengendap gua.
Gua tak kisah pun lu nak hendap gua.
Dah blog terbuka ye dak?
Kalau tak nak orang hendap baik private je blog.
Cumanya.
Ada orang yang hendap gua tu, gua memang nak tegur dia, tapi gua malu.
Rupa-rupanya dia pun malu nak tegur gua.
Ha ha.
Ok.
Sekarang.
Baik ngaku cepat siapa-siapa hendap gua tu.
Gua dah tau lu.
Gua ni menulis je stail samseng-samseng, tapi kalau jumpa, mulia-mulia je perangai gua.
Tak caya tanya la orang yang dah jumpa gua.
Bini YB yang gua tak kenal tu pun, first time gua jumpa pun gua cium tangan.
Gua ni pesen sayang ke orang tua.
:-)
Kepada pengendap gua, selamat kenal.
Gua hulur tangan ni.
Salam.

Friday, January 7, 2011
Kan Aku Dah Kata....
Baru semalamnya ustad lantik jadi ketua kelas.
Esoknya...
"Malas la nak pergi sekolah agama...." - dia.
"Hello... Ketua kelas mana bulih ponteng sekolah..." - gua.
"Tak pe. Penolong ada!".
Bab-bab menjawab memang terbaek....
Cerita Lain
Makin teruk dah masalah urat tangan gua nih...
Balik depan tu ok lagi.
Tengok balik tepi....
Kalah orang kerja sawit!
.
Monday, January 3, 2011
Penjara Sebulan
Budak MC. Ada hari dia memang kuat berleter. Menurun siapa pun entah.
Satu hari. Aku layan dia punya leter.
Aku layankan saja. Boleh tahan sedap juga isu berleter dia nih.
"Ibu...".
"Ye...".
"Apa kata kita telefon polis suruh tangkap babah..".
"Habis.... Nanti MC tak de babah cemana...?".
"Alah... Tak pe. Sebulan je dia dok dalam... Lepas tu dia keluar la....!".
Celah mana dia dapat ilham duduk-dalam-sebulan-lepas-tu-keluar pun aku tak berapa pasti...
[up date: adik ipar belum jadi aku dah jumpa blog aku. mati la segala rahsia aku terbongkar. ha ha]
.
Satu hari. Aku layan dia punya leter.
"Babah tu... Entah bila la nak berhenti merokok. Asyik merokok. Merokok. Merokok.... Merokok tu kan ke tak elok...".
Aku layankan saja. Boleh tahan sedap juga isu berleter dia nih.
"Ibu...".
"Ye...".
"Apa kata kita telefon polis suruh tangkap babah..".
"Habis.... Nanti MC tak de babah cemana...?".
"Alah... Tak pe. Sebulan je dia dok dalam... Lepas tu dia keluar la....!".
Celah mana dia dapat ilham duduk-dalam-sebulan-lepas-tu-keluar pun aku tak berapa pasti...
[up date: adik ipar belum jadi aku dah jumpa blog aku. mati la segala rahsia aku terbongkar. ha ha]
.
Subscribe to:
Posts (Atom)