Pada hari gua nak berjumpa dengan ramai orang.
Dan pada hari itu jugalah jerawat pasir tumbuh bersepah atas muka.
Jerawat ni pun satu.
Nak keluar tu tak boleh ke bawak-bawak berbincang dulu.
Hantar gi Libya kang baru tau...!
[Nota kepada Mimi: Mi, kalau budak Seremban yang belot tu nak kawen sok... Kita tok sah datang la yek...? Ehhh..???]
Lusa.
Gua nak pergi kenduri.
Dengan Tijah.
Dengan Mimi.
Kalaulah mereka berdua tidak belot.
Mimi mungkin tak belot.
Tapi Tijah tu macam nak membelot je.
Ok.
Sekarang gua nak tanya.
Siapa nak ikut gua pergi makan-makan kat Kandang nih...?
Tengah gua godek-godek blog nak buat duit, sekali ada call masuk.
Tengok nombor 06 blah blah blah yang gua tak kenal.
"Hellooooo..." kata dia.
"Helloooo..." kata gua.
"Siapa nih....? sambung dia.
"Eh! Dia yang call... Yu siapa...?" sambung gua.
"Hamboih garangnyaaaaaaaaaa........".
Dan persoalannya ialah kenapa yang gua berani-berani benarkan orang luar yang gua kenal secara maya mari datang tidur rumah gua.
Hah! Sudah. Dah siapa pulak yang bagi soalan.
Tak ada siapa-siapa.
Gua soal.
Gua sendiri jawab.
Makin berseni la gua rasa gua punya mukadimah entri.
Lu mampu...?
*tangan di dada, lidah kasi jelir sikit, mata jeling ke langit*
Sebelum gua teruskan entri gua yang panjang berjela-jela.
Gua nak lu layan dulu lagu nih....
Gua nak sembang pasal ni sebenarnya...
Gua sebenarnya bukanlah manusia yang senang-senang nak bawa balik orang ke rumah.
Terus terang je gua cakap.
Sebab utama: laki gua tak suka.
Dan sebab yang lagi utama, gua pun memang tak suka.
Tapi.
Untuk kawan blog gua yang ini.
Yang baru 2 kali gua bertemu dengannya sebelum ini.
Gua dengan senang-hati-tak-fikir-14-kali pun bawa balik tidur rumah gua.
Sebab?
Sebab dia istimewa di hati gua.
Bagi yang tak kenal, ni gua nak kasi kenal.
Dia seorang kakak.
Dalam umur 40-an. Berapa an gua tak tau.
Asalnya kawan blog gak la.
Macam korang semua.
Pertama kali gua jumpa dia di Rumah Pena masa MASKARA Sindiket Soljah.
Kemudiannya kami pergi pesta buku KL sama-sama.
Dua kali tu je la pun gua jumpa dia.
Lepas tu haram tak jumpa dah.
Selebihnya gua hanya berhubung melalui blog dan sms sahaja.
Kenapa gua kata dia istimewa.
Sebab.
Dia OKU.
Lu pernah tengok cerita kat tv Poziah Nawi berlakon jadi makcik-makcik yang muka-senget-tangan-kaki-keras-keras...?
Hah! Macam tu lah kakak gua ni.
Tapi kaki dia ok.
Tak keras.
Boleh jalan macam orang biasa.
Cuma tangan ada keras-keras sikit.
Yang lain-lain macam lu tengok Poziah Nawi tu lah.
Senang cerita.
Tak normal macam kitalah.
Dan.
Bukan semua orang boleh faham apa yang dia cakap.
Tapi gua boleh faham.
Sebenarnya.
Dia adalah inspirasi gua.
Penguat semangat gua.
Kadang-kadang.
Bila gua rasa hidup gua palat.
Gua teringat ke dia.
Apa lu ingat hidup dia tak palat...?
Dan-dan hati gua terubat.
Dan gua kata pada diri gua, tak lah palat mana pun hidup lu nih...
Kadang-kadang.
Bila gua mengenang ujian hidup gua yang gua tempuh seawal gua umur 10 tahun.
Gua teringat ke dia.
Dia telah diuji tuhan lebih awal dari itu.
Baru nak kenal dunia sudah diuji Tuhan.
Apalah yang gua nak sedih-sedih sangat.
Kadang-kadang.
Bila gua rasa tak cukup duit untuk itu ini.
Gua teringat ke dia.
Ah! Gua tak suka nak cerita gaji dia berapa dan gaji gua berapa....
Kadang-kadang.
Bila gua kenangkan ujian sakit gua yang pesen belah-belah.
Yang pesen sakit menonggeng-nonggeng.
Yang pesen sakit-tapi-nampak-sehat.
Gua teringat ke dia.
Sekurang-kurangnya gua tidaklah sampai bila putus ubat, gua terlentang atas katil.
Kalau tak makan ubat, badan jadi sakit macam dia.
Kalau tak makan ubat, badan jadi terketar-ketar macam dia.
Ada masa nak imbang badan pun dia tak boleh.
Manjang jatuh tersadung.
Pendek kata.
Bila melihat diri dia.
Gua selalu memaki diri gua balik.
Pebenda yang gua nak komplen-komplen sangat nih.
Pebenda yang palat sangat nih.
Tak reti-reti nak bersyukur dengan macam-macam-yang-tuhan-bagi-pada-gua...?
Itu pendek katanyalah.
Panjang tak kata apa-apa.
Warning: Gua nak menaip panjang lagi nih.
Siapa banyak kerja baik balik cepat.
Tak payah baca bagi habis.
Gua nak cerita seriyes-seriyes je nih.
Tak kelakar kang korang lak rasa-nak-cium gua.
Ok.
Ceritanya gini.
Kakak gua ni datang Melaka sebab dia ada kursus di sebuah hotel dekat Ayer Keroh.
Maka.
Petang semalam gua kasi hantar dia ke hotel.
Umat yang datang untuk kursus tu memang ramai.
Turun kereta. Masuk lobby hotel.
Gua kabor ke Darren.
Pergi la selesaikan urusan kerja dia.
Tinggalkan saja gua dan kakak gua.
Gua nak uruskan dia sampai dia masuk bilik hotel.
Dengan barang serebah-serebih.
Gua rasa gua-adalah-manusia-haram-tak-berguna kalau gua tak tolong dia.
Darren kata tak apa. Dia tunggu.
Ah! Darrren memang.
Pesen suka nak kepit-kepit.
Kah kah kah.
Entri dah panjang.
Kejap.
Gua nak kasi halau setan yang suka mengacau gua time menaip kejap.
Dia dah bisik-bisik dah.
Tak yah la taip...
Tak yah la taip...
Ok. Sambung.
Masa nak daftar kat kaunter.
Orang hotel (orang hotel...? lantaklah!) tu suruh tulis nama untuk dia bagi bilik.
Peserta duduk dalam apartment.
Satu apartment ada 3 bilik kot.
Ke... Dua? Ntah.
Dan satu bilik ada yang 2 orang sebilik.
Dan.
Ada yang 3 orang sebilik.
Masa kakak gua ni tulis nama dia pada borang yang diberi.
Gua dah nampak ada 2, 3 orang anak dara yang asyik pandang-pandang-pandanggggg kakak gua yang terkial-kial tulis nama dia.
Ya. Betul.
Memang terkial-kial.
Dah tangan dia keras-keras gitu.
Memanglah terkial-kial.
Tapi tulisan dia adalah syantek ok.
Dalam senarai tu, kakak adalah nombor 4.
Dan masih ada lagi 5 orang yang boleh masuk dalam apartment yang sama yang boleh muat 9 orang peserta.
Dan bila time anak-dara-yang-pandang-pandang tu nak tulis nama.
Deme boleh mintak pada orang hotel tu, senarai lain.
Atau dengan lain perkataan, senarai untuk apartment yang lain.
"Tulis nama kat sini (senarai lain) boleh...?", sorang anak dara ni tanya ke orang hotel.
Gua memang ingat kata-kata dia.
Memang gua dah syak.
Deme tak nak duduk satu apartment dengan kakak gua.
Gua mencarut di dalam hati.
Tak guna la harap muka lawa tapi hati bacin.
Pendek cerita.
Anak-anak dara tu dapat la kunci apartment deme.
Yang kakak gua tak dapat lagi sebab jadah hape ntah lambat benar hotel tu nak uruskan.
Gua kabor ke kakak.
Duduk dulu.
Gua cuba uruskan apa yang patut.
Tengah gua duduk tunggu orang hotel tu panggil nama kakak gua.
Orang hotel tu gamit panggil gua.
Gua ke kaunter.
Orang hotel tu suruh gua padam nama kakak gua pada senarai yang dia tulis tu.
Dan ubah ke senarai lain.
Dan.
Senarai baru itu adalah satu senarai nama dengan anak-anak dara yang cuba untuk tak nak tinggal satu apartment dengan kakak gua tu.
Gua auto senyum stail setan.
Bermakna. Mereka akan tinggal dalam apartment yang sama.
Dan gua kah kah kah pula di dalam hati.
Hambek kau!
Yang takut benar nak sebilik dengan orang cacat tu pehal...?
Dia tak susahkan lu lah...
Terima kasih la kepada orang hotel tu yang kasi cepat proses penempatan bilik tu.
Sebab.
Dengar kata, ada yang dah tunggu sejam, bilik tak dapat lagi.
Dah gua hantar barang kakak ke apartment-nya, gua mintak diri.
Kakak sorang je dalam bilik tu.
Anak-anak dara tu harus la dalam bilik lain sebab apartment tu ada 2 bilik.
Petang tu.
Kakak hantar sms.
'Ok. Dah ada kawan. Nampak ok. Pembantu pengurusan murid OKU'.
Alhamdulillah.
Tuhan permudahkan semuanya untuk dia.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya:
Tak payahlah korang sampai kerat tangan nak jadi OKU kalau nak tumpang tidur rumah gua.
Gua ok je terima tetamu.
Tapi.
Kalau lu pesen sehat-sehat-banyak-duit-tapi-saja-tumpang-umah-gua-nak-jimat-duit, gua kasi cas la sikit.
Bukan banyak pun.
Seribu je satu malam.
Nanti gua buat la karipap kasi lu makan....
Esok.
Ada seorang blogger nak datang rumah gua.
Dia nak tidur sini.
Makanya.
Dengan gigih gua kasi kemas rumah gua nari.
Kemas punya kemas punya kemas.
Tiba-tiba gua macam rasa nak cat rumah terus.
Teruk yek semangat dalam badan gua nih...?
Pesen melampau-lampau...!
Lu.
Kalau sms gua.
Dan gua tak reply.
Bermakna gua ada hal.
Kalau gua senang nanti, gua reply lah.
Lu.
Kalau call gua.
Dan gua tak angkat.
Bermakna gua ada hal.
Kalau gua senang nanti, gua call lah balik.
Dan.
Tolonglah jangan call lagi dan lagi.
Gua lemas!
Dan gua.
Kalau dah lemas.
Sms lu gua tak kan reply. Call balik laaaaaaagi gua tak kan buat.
Atau mungkin lu mahu gua kata ini,
Sila delete nombor telefon gua dari hp lu.
Dan anggap sahaja lu tak pernah kenal gua.
Mahu begitu...?
Gua dah la tengah menunggu hari nih...
Menunggu hari-luka-lama-berdarah-kembali.
Lelaki memang tak faham keadaannya.
Tapi orang perempuan gua syak rata-rata memang akan alaminya.
Badan ni punya hangen....
Turun-naik-turun-naik-turun-naik.
Memang gua tak tau la nak cakap macam mana!
Gua tak pernah moderate komen.
Semua komen gua terima tanpa tapisan.
Yang gua suka.
Yang gua tak suka.
Gua tak pernah sekat.
Tapi baru kejap ni gua kasi lepas komen dari Tijah, KOG dan JD Jen.
Komen untuk entri yang lepas-lepas-punya-lepas.
Yang blogspot detect as spam.
Pada hal bukannya spam pun.
Korang tau tak button Comments kat dashboard tu auto sekat komen yang mungkin dianggap spam oleh blogspot..?
Kalau tak tau silalah godek.
Banyak juga komen-komen korang yang tersangkut kat situ dalam blog gua nih.
Boleh tahan mengada juga belogsepot nih yek.....?
Gambar Hiasan Yang Tak Ada Kena Mengena Dengan Entri
Jenuh berfikir juga gua nak buat entri ni.
Nak buat. Tak nak.
Nak buat. Tak nak.
Namun setelah gua fikir siang-malam-siang-malam.
Gua buat keputusan untuk luahkan apa yang ada dalam dada gua di sini.
Ya. Memang gua tujukan entri ini buat lu.
Selepas lu selusuri entri ini ke ayat-ayat seterusnya.
Lu akan tahu.
Memang gua berbicara tentang lu.
Buat yang lain-lain.
Nak baca, baca.
Tak nak baca, tak payah baca.
Cuma gua mintak.
Kalau nak baca, sila baca dengan tanpa prejudis.
Awak...
Kih kih kih...
Ada rasa geli-geli tak dengar perkataan tu...?.
Tak de maknanya gua nak berawak-awak ni la haih.
Kita cerita lu-gua lu-gua sudah.
Bila lu kata.
Lu angaukan gua (yang lain-lain geli sikit sudah la wey...).
Nak lelap mata teringat ke gua,
Celik-celik mata teringat ke gua.
Memang la gua ada kembang sikit-sikit.
Tapi.
Yang lebih banyak adalah kerisauan sahaja yang hadir dalam dada gua nih.
Gua hargai dan hormati apa yang lu rasa.
Dan.
Gua hargai juga kejujuran lu meluahkan apa yang lu rasa.
Gua tau.
Bukan mudah untuk berbicara soal rasa.
Soal tentang apa yang ada dalam dada.
Soal maruah tu.
Kalau gua ni jenis manusia kejam.
Boleh membawa ke rasa nak gantung diri juga kalau gua tolak lu mentah-mentah.
Atau gua jadikan bahan gelak dan umpat dengan kawan-kawan gua.
Tapi lu jangan risau.
Gua tak buat semua tu.
Gua adalah manusia yang menjunjung maruah orang lain.
Lu jangan risau bab-bab tu.
Tambahan pula (kenapa pulak gua nk guna tambahan pula nih... gasaklah... gua tak jumpa perkataan sedap).
Lu pun tau yang gua ni bini orang.
Dan lu juga.
Anak dah lebih dari seorang.
Bermaksud.
Mengangaukan gua adalah satu perbuatan yang tidaklah akan ke mana-mana sudahnya.
Ok.
Gua faham dan gua hargai apa jua yang ada dalam dada lu.
Tapi gua ingat.
Suka ke gua sikit-sikit sudahlah.
Dengan kata lain.
Minat-minat ayam sudah.
Macam orang lain juga.
Gua bajet yang minat ke gua barangkali ada 14 ribu orang juga nih...
Kahkahkah...
Bajet diva tak hengat. Follower pun ada 2 ratus nak ada peminat 14 ribu....?
Ok. Kita seriyes balik.
Gua bukan apa.
Gua tak nak lu 'sakit' esok-esok.
Sebab.
Terus terang saja gua kabor ke lu.
Gua tak kan mampu untuk jadi seperti apa-apa yang lu mungkin harapkan.
Bukan gua tak suka lu.
Gua suka.
Gua suka berkawan dengan lu.
Berkawan dalam erti kata kawan yang sebenar.
Gua tau lu rindukan gua seperti yang lu selalu cakap.
Tapi gua tak punya perasaan yang sama.
Lu mungkin sayangkan gua.
Tapi gua sayangkan haiwan pesen berkepak.
Itik serati misalnya.
Eh? Ok. Ok.
Lawak gua tak kelakar.
Gua mungkin tak mampu untuk beri perkara sama untuk lu.
Tak adil bukan...?
Tak adil untuk diri lu la gua rasa...
Maka.
Gua ingat.
Sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Berpatah baliklah.
Kawal hati lu.
Kawal perasaan lu.
Agar perasaan yang tidak-tidak itu tak hadir dalam dada lu.
Lagi pun.
Gua sebenarnya tak best mana pun.
Walaupun gua nampak macam kelakar-kelakar.
Tahap kelakar dengan tahap naik hantu gua boleh tahan seimbang jugak.
Buat pening kepala lu je sok.
Tapi.
Satu gua mintak.
Lepas lu baca entri nih.
Lu janganlah sedih pulak.
Sebab.
Gua tetap akan berkawan dengan lu.
Macam selalu-selalu.
Cuma gua harap.
Lu buanglah apa-apa jua rasa yang ada dalam dada lu terhadap gua.
Kita tetap kawan ok.
Pendek cerita.
Gua ibaratkan begini.
Lu. Perasaan lu. Dan gua.
Ibarat lu mendaki anak tangga.
Makin tinggi lu mendaki.
Makin bertambah juga perasaan lu terhadap gua.
Yang gua takut.
Bila lu dah mendaki terlalu tinggi.
Dan pada ketika itu gua tolak lu.
Lalu lu terjatuh tergolek terjerombab bak kata orang Perak.
Sakitnya hanya tuhan sahaja yang tahu.
Gua tak mahu lu lalui itu semua.
Maka.
Dengan seruan gua ini.
Lu turunlah.
Perlahan-lahan.
Sikit-sikit.
Dan gua tunggu lu di anak tangga nombor kosong.
Selepas itu.
Lu jangan lagi mahu mendaki.
Kita berjalan di tanah rata sudah.
Kita jalan pergi Tabung Haji misalnya.
Kenapa tabung haji...?
Jangan tanya... Gua main petik je tu...
Aku ada satu penyakit.
Asal nak angkat takbir je.
Allahhhhh huwargh huwargh huwargh...
Dan-dan rasa nak menguap.
Tapi.
Bila aku dengan sengaja nak batalkan takbir aku.
Nak bagi laluan kepada menguap dulu.
Kemudian aku nak angkat takbir semula.
Dan-dan pulak menguap tu tak jadi.
Setan dengan oksigen ni memang macam aur dengan tebing yek...?
Gua kan.
Sejak dah pandai buat karipap nih.
Kejap-kejap gua buat karipap.
Kejap-kejap gua buat karipap.
Selagi orang kat rumah ni tak muntah makan karipap.
Haruslah gua akan buat karipap memanjang.
Ironinya.
Gua akan juga selalu membeli karipap jika ada jual di mana-mana.
Dengan tujuan.
Gua nak buat perbandingan.
Karipap siapa yang lebih sedap.
Karipap guakah?
Atau karipap yang dijual itukah?
Kalau karipap gua sedap, mula la gua riak dalam hati.
Kalau karipap orang itu sedap daripada karipap gua, gua datang berfikir itu ini.
Mencari punca mengapa karipap orang itu lebih sedap.
Oh! Ya.
Sebenarnya.
Jika lu adalah seorang pemasak dan juga pemakan.
Tiap apa yang masuk ke mulut lu.
Lu dah boleh agak apakah bahan yang digunakan untuk masakan tersebut.
Maka.
Atas faktor itu.
Gua berusaha memakan karipap demi karipap yang ada di mana-mana.
Untuk gua menambahbaik resepi karipap gua.
Kejap.
Ironi tu pebenda sebenarnya.
Betul ke tak betul cara gua guna tu...?
Sekian untuk mukadimah.
Gua nak cerita pasal benda ni sebenarnya.
Satu hari.
Gua sarapan di Warung Pak Mat.
Di Pulau Kelapa.
Celah manakah Warung Pak Mat itu dan celah manakah pula Pulau Kelapa?
Celah-celah sini lah.
Dekat-dekat Peringgit.
Celah manakah pula Peringgit?
Sila ambik peta.
Godeklah sendiri.
Gua.
Bukan bulih cakap banyak sangat.
Dan-dan tangan jadi nak ternaik-ternaik.
Panjangnya entri gua.
Benda yang gua nak cerita, gua tak cerita lagi.
Ok. Balik ke pangkal jalan.
Gua tanya Darren.
Nak kuih apa.
Darren kata nak karipap.
Tengok.
Minat ke karipap juga.
Tak cukup dengan karipap di rumah.
Di meja makan.
Darren makan nasi lemak.
Lepas tu dia suap karipap.
Gua makan soto.
Gua tanya dia.
"Sedap tak karipap dia...?".
"Sedap lagi karipap yu...".
Darren balas.
Secara semulajadinya gua jadi senyum menyengeh-nyengeh.
Dan.
Dalam kepala gua.
Gua dah terbayang-bayang.
Esok-esok.
Gua nak ada kilang buat karipap terbesar di Malaya.
Gua nak kasi eksport karipap di mana-mana serata dunia.
Amerika?
Jepun?
UK?
Buluh Kasap?
Lu petik sahaja.
Celah mana yang orang tak jumpa karipap gua.
Dan.
Kala-kala itu juga.
Gua macam ternampak-nampak.
Di tangan kanan Hosni Mubarak ada karipap gua, sambil tangan kirinya buat tanda best...
Gua dah wangi-wangi dah nih.
Pakai baju tidur santek-santek. Make up santek-santek. Make up?
Bohong benarrrrrrrrrr......
Sebenarnya gua baru lepas mandi.
Pukul 11 malam baru siap segala.
Ya. Dari balik kerja tadi gua haram tak mandi.
Tapi solat siap semua dah la.
Sebab mandi lambat?
Gua baru sudah bersilat di dapur.
Buat inti karipap.
Gua ingat esok nak buat karipap.
Konon-konon nak menguli tepung nak buat kulit karipap malam ni tapi dah tak larat.
Menaip entri laratlah pulak, kan...?
Dasar blogger berketagihan-tak-hengat.
Matlamat post entri malam-malam nih...?
Saja nak kabor gua buat inti karipap!
Perghh... Dah makin matang tahap berblog gua ni jam, kan...?
Matang tahap ayam!