Ini blog sampah!

Wednesday, March 30, 2011

Telinga Adalah Bukti

Dia tanya ke gua.
Gua darah apa.
Gua kata A.

Dia tanya lagi.
Budak MC darah apa.
Gua kata gua tak berapa ingat.
Tapi gua rasa B.

Jadi gua kata.
Dia mungkin berdarah B atau AB.
Entah betul ke tidak teori gua, gua pun tak berapa pasti.
Dulu gua bulih tahan pandai la biologi.
La ni dah banyak hilang ingatan.

Dia buat muka.
Nak gaya saspen-saspen.
Esok juga nak pergi buat blood test katanya.

Jahat yek...?
Mencurigai gua.
Ingat gua Defni Aiking?

Tak payah cerita banyak la heh.
Telinga budak MC tu...
Telinga tu...
Saling tak tumpah dia punya pesen kuali.

Banyak lagi bahagian lain yang sama sebenarnya.
Ah! Maleh la nak kabor...!



Gua yang patut moskel.
Tak ada rupa gua langsung.
Tertukar anak di hospital kah....?




.

Tuesday, March 29, 2011

Gua Ada Rasa Nak Jual Balik!

Gua sudah beli mixer.
Sungguh kesian, kan..?
Sebab orang lain sudah lama ada.
Cuma gua yang baru nak beli.

Sebab tak beli sebelum nih...?
Sebab gua nak elakkan daripada membuat kek.
Gua sebenarnya suka memasak.
Dan suka juga memakan kek.
Tapi gua marah bila gua makan kek.
Kek buat gua gemuk.
Gua tak suka gua gemuk.
Sebab bila gua gemuk: gua kiut.
Bila gua kiut: lu dengki.
Bila lu dengki: lu mak-esah-kan gua.

*tangan di dada, mata ke atas*

[Nak mengamuk, mengamuk sekarang. Gua bagi 2 minit]


Perjanjian dengan diri sendiri ketika membeli mixer: Buatlah kek untuk orang lain, tapi diri sendiri janganlah gedik nak makan kek tersebut.

Perjanjian gua kasi semat dalam hati gua di bahagian yang paling dalam.
Dia punya dalam sikit lagi nak sampai buah pinggang.

Malam tadi.
Gua dah buat pun kek.
Bukan sebijik.
Tapi 35 bijik.
Cup-cakes-perisa-lemon.

Dan.
Orang pertama yang makan kek itu adalah.....








Gua!

Dasar iman ke laut....!







.

Monday, March 28, 2011

Selamat Hari Isnin, Sayang. Makan Apa Hari Ni...? Gua Makan Biskut Spirulina.

Nak sikit?
Nganga.

Tajuk adalah gedik.
Gedik hari Isnin namanya.

Gua bukan nak cerita pasal biskut spirulina sangat.
Gua nak cerita pasal benda nih...

Satu perangai orang Melaka yang gua tak gemor ialah deme suka bergurau nak gaya bergaduh.
Kejap ni.
Gua dengar orang terpekik-pekik di luar opis.

"Wei... Ahmad Azmin bin Ahmad Rosdi...!", gua dengar satu brader memekik volume 19.

Gua dah seram-seram rasa nak terkencing dah.
Dah lama-lama gua amati.
Rupa-rupanya deme bergurau.
Gampit.

Lagi satu.
Yang sebut nama penuh tu pehal.
Dah alang-alang.
Kasi sebut nombor surat beranak sekali la.
Baru nampak hero sikit ye dak...?












.

Saturday, March 26, 2011

Gua Dan Earth Hour



Puncanya gini.
Tiba-tiba cerita punca.
Orang kementerian jangan marah dengan gaya penulisan gua.
Gua nak dakwa: Gua adalah seni.
Bajet adalah diva sampai ada orang kementerian nak baca blog gua.
Kah kah.

Pukul 8 tu gua tengok berita.
Tup-tup deme cerita pasal boipren Altantuya.
Dan-dan gua rasa hilang nafsu nak tengok tv.
Gua masuk bilik mandi.
Tengah main-main air baru teringat hari ini orang sambut Earth Hour.
Tak kan nak mandi dalam gelap pulak, kan...?.

Habis gua mandi.
Dah siap pakai pesen kemban-kemban gua tengok jam.
8.40.
40 minit mandi?
Jangan la soal sangat...
Teringat pulak muka dah lama gua tak masker.
Kasi masker sedas.
Dan menatang masker ni pulak nak kena tunggu 15 minit.

Ok.
Sementara tunggu masker melaksanakan tugas, gua bersenam.
Sebab nak bersenam?
Belah petang tadi gua dah termencekik durian 6 ulas.
Sungguh rasa berdosa.

Gua pulak.
Kalau bersenam belah malam ni ada 2 je jenis amalan senaman gua.
Satu: gua berdumbell.
Dua: gua bersit-up.

Apa gila nak bersit-up dalam gelap?
Harus tiba-tiba pulak ada makhluk lain yang nak bersenam sama pesen pumping pulak kang.
Mana bulih jadi ye dak?.

Senam punya senam.
Tengok jam dah 9.10.

Kemahen muncung bumi ke gua.
Merajuk gamaknya....!

Sekian sahaja cerita Earth Hour gua.
Lu pulak macam mana?
Cer citer...
Cer citer...










.

Thursday, March 24, 2011

Hitam, Putih Dan Merah

Gua baru perasan tentang ini. Jika background adalah berwarna hitam dan tulisan adalah berwarna putih dan kemudian lu sulam pula tulisan berwarna merah dengan tulisan berwarna putih tersebut, maka tulisan berwarna merah akan nampak seakan-akan timbul. Kan...?.

Kalau kita kasi selang merah putih merah putih ada rasa pening-pening nak muntah tak?






.

Tuesday, March 22, 2011

Kucing Mengiau Nak Mende...?

Ni gua nak tanya nih...
Lu kalau berjumpa kucing.
Dan dia asyiklah meowwwwww-meowwwwww...
Lu bajet kucing tu nak mende...?

Kalau gua.
Gua syak dia lapar nak mintak makan je.
Tak ada lain dah.

Ada la satu hari ni.
Dan satu hari itu adalah semalam.
Dan semalam itu adalah belah petang.
Dan petang itu adalah pukul-gua-balik-kerja-awal.
Pukul-gua-balik-kerja-awal itu adalah dekat-dekat pukul 4.
Dan dekat pukul 4 itu adalah pukul 3.52.

Ok.
Gua tau lu memang nak puji gua.
"Gila sedap berseni budak Tasek ni punya ayat!".

Terima kasih.
Terima kasih.

Gua kasi jawab pujian lu dengan pantun sedas.

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat.
Kajang Gua Karpet Berbulu.
Tak Payah La Puji Ke Gua Sangat.
Nanti Gua Nak Lu Puji Selalu.

Ceeeeeeeeeeeeeewah!

Mula la nak menyimpang tu.
Ok. Sambung.

Gua bukak-bukak je pintu dapur.
Mari sekor kucing.
Dia memang dah selalu lepak kat belakang rumah gua.
Dekat luar je la.
Kalau dia masuk gua perambat.

"Nak makan...?" gua tanya ke dia.
Gua memang ada kebolehan bercakap dengan binatang selain berleter.

Meowwww  dia jawab.

"Biskut dah habis la".

"Meowwwwwwwwwww...".

"Nanti ibu goreng ikan kejap yek...?".

"Meowwwwwwwwwww...".
Nasib baik dia jawab meow.
Kalau dia jawab "Baiklah..." harus terkencing gua balik tong gas.

Gua yang berhati mulia ni pun pergi ke peti ais.
Kasi keluarkan ikan.
Ikan tu pagi tadi gua dah keluarkan dari tempat sejuk beku dan gua letak belah bawah supaya senang gua nak defrost tak amik masa lama.
Gua bubuh air.
Letak kat sinki.
Gua tunggu ais cair.

Sementara tu gua makan milo sesudu.
Tak kenyang.
Gua makan pisang pulak.
Pisang montel.
Tak kenyang jugak.
Menyesal pulak beli pisang montel.
Patut gua beli pisang tanduk je.
Makan sebijik kenyang ye dak...?

Dah lamaaaaaaa gua tunggu.
Ikan pun ok.
Lembik-lembik dah badan dia.

Gua amik bubuh dalam pinggan.
Gua garam-kunyitkan.
Gua panaskan minyak.
Gua goreng.

Dah masak gua angkat.
Gua kasi tos minyak.
Terbaek punya stail memasak macam nak bagi orang makan gua buat.
Lepas tu gua kasi sejuk ikan goreng tu.
Kasi panas-panas kang buat aniaya pulak ke kucing.

Dah agak-agak sejuk.
Gua bawak ikan tu keluar rumah.
Gua panggil kucing tu suruh makan.

"Meh sini makan meh...." kata gua ke kucing.

"Meowwwwwwww...." dia jawab.
Meow, meow jugak.
Tapi yang dianya bukan nak datang ke gua.
Sedap melepap atas lantai.

"Meh la makannnnnn...".

"Meowwwwwww....".

"Meh laaaaaaaaaaa....".

"Meowwwwww....".

Dah dia tak nak datang ke gua.
Gua datang ke dia.
Gua letak ikan tu depan muka dia.
Dia buat dek.
Cium-cium tapi haram tak dimakannya.




Dan semalam gua buat satu kesimpulan: Kucing kalau dia meow-meow, bukanlah dia nak makan sangat tapi sebenarnya dia nak bersembang...!!!!!.





.

Sunday, March 20, 2011

Nak Jimat Yek..?

Sabtu.
Kedai 24 jam ke... Supermarket ke... Hypermarket ke...
Memang tak sediakan beg plastik.
Kalau lu nak jugak.
Lu kena bayor 2 kupang untuk satu beg plastik.
Kedai runcit biasa gua tak pastilah pulak.
Deme sediakan beg plastik tak hari Sabtu hah..?

Ok.
Ni cerita semalam.
Gua masuk ke sebuah kedai 24 jam.
Beli roti gar_denia sebuku.
Roti fud_geez 3 buku.

Anak dara cashier kabor ke gua.
Plastik tak de.
Kalau nak, gua kena bayor 2 kupang.

Gua kabor ke dia.
Tak payah beg plastik pun tak apa la heh!
Barang gua sikit je.
Lagi pun kereta gua, gua parkir depan kedai tu je pun.

Kemudian anak dara tu kata ke gua.
"Akak nak jimat yek... Tak nak beg plastik...?".

Gua terbalikkan lemari rokok dia....!

Ye.
Memang tak gunalah kerajaan lancarkan hari Sabtu adalah hari tanpa beg plastik untuk selamatkan bumi tapi dalam kepala hotak peniaga: Ini adalah hari mencari duit lebih!






Roti syurga. Lu kena cuba!
Persoalannya: Bila kalanya yang gua ke syurga...?
Jangan la soal sangat...






*Gambar gua gugel: Kredit kepada tuan punya. 

 .

Saturday, March 19, 2011

Hari Promosi Blog Kawan-kawan: Kategori Blog Sedap-sedap Kelakar


Oleh kerana gua dah ada keputusan sama ada untuk memilih microwave atau oven, gua kasi masuk entri baru sebagai upah.
Bulih gitu gaya upahnya..?
Buat-buat kata bulih sahajalah...

Terima kasih kawan-kawan.
Ailebyu so much!

Ok.

Hari ni gua ingat gua nak buat promosi blog-kawan-kawan-blog.
Ayat sungguh berbunyik ke-ling.
Peduliklah.

Blog yang asal gua baca, gua gembira.
Asal gua baca, gua rasa nak mencarut suka.

Baiklah.
Gua perkenalkan.

1. Blog kategori Anak Dara: Pesen samseng-samseng solehah juga gua syak dia ni. Sangat kuat memanjat gunung. Tapi malas hapdet blog.

2. Blog kategori Anak Bujang: Gua levelkan beliau ini bawah sikit je dari Pipiyapong. Tak percaya lu baca blog dia.

3. Blog kategori Mak Budak : Sumpah!! Gua tak tau beliau ini beranak di planet mana...


3 blog dulu.
Lain hari gua promote blog lain pulak.

Silalah berkenalan ye.
Kabor ke deme gua kirim salam.





.

Friday, March 18, 2011

Yang Mana Satu Patut Gua Pilih

Oven gua rosak.
Lama dah.
Oven redeem bonus_link memang macam haram yek...?
Toaster yang gua redeemed tu hari pun 2 x 6 dia punya haram.
Kualiti memang tak-de-kualiti.
Gua pusing punat dia letak no 2.
Kengkadang roti gua cerah.
Kengkadang ibarat bontot kuali KOG.
Memang terpuji benar kekdah bonus_link memberi hadiah: Hadiahkan pelanggan anda dengan barang-jahanam!

Sekarang ni gua dalam dilema.
Nak gantikan oven yang rosak tu dengan oven yang baru ke... nak beli microwave?

Cer tolong gua buat pilihan sikit.
Nanti gua kasi la upah.
Kabor je nak upah mende....











.

Thursday, March 17, 2011

Kata Siapa Yang Betul?

Kata dia: Pokok jangan disiram tengah-tengah panas. Ibarat kita manusia, badan tengah panas, mandi. Kan ke tak elok.

Betul juga tu...

Kata gua: Tak pe la siram tengah panas pun. Ibarat kita manusia, bila panas terik, dahaga. Nak kena minum air.

Betul ke tak betul kata gua nih...?
Gua sendiri tak pasti.
Tapi gua nak menang jugak!








.


Up date: Untuk Brader-Yang-Kuat-Mencari-Gaduh-Dengan-Gua



1:12, 1:56, 4:47, 5:17, 5:45 = Contoh tangan di dada, mata ke atas.

Mana ada lucah wey....!





.

Wednesday, March 16, 2011

Gua Cukup Pantang Kalau Tengok Wayang Orang Belakang Menendang-menendang

Bersabar sahajalah.
Jika bertemu sang pendengki berkeliaran di mana-mana, kita hanya buat begini: tangan di dada, mata ke atas.

Ahaks!

Malam tadi gua terjaga pukul 3 pagi lebih-lebih sikit.
Bangun-bangun terus angkat wuduk.
Solat sunat.
Tak payah la terperanjat sangat.
Gua memang pesen samseng-samseng solehah.

Ehem!

Tak de maknanya.
Gua angkat wuduk tu sebab nak solat Isyak.
Malam semalam gua pergi MBO.
Layan Hikayat Merong Mahawangsa.
Review filem...? Tak ada.
Lu pergilah tengok sendiri.
Keluar panggung dah dekat 12.30 a.m.

Sampai rumah lepak-lepak depan tv.
Terus terbongkang.
Dengan tak solat Isyak lagi.
Muka haram tak bercuci.
Gua kalau tidur tak cuci muka memang tak akan lenalah tidur gua.
Gua mesti akan terjaga dan gua akan bangun cuci muka.

Tapi.
Sebetulnya.
Yang gua terjaga tu sebab gua terasa gegaran.

Dulu.
Masa tsunami kat Acheh dulu.
Punya kuat gegaran sampai gua terjaga dari tidur.
Rasa bergoncang badan gua.
Sungguh.

Kejap.
Hari ni ada ke berita kabor ada tsunami di mana-mana...?
Gua tak baca sokabar lagi hari ni.

Baiklah.
Dengan semangat Merong Mahawangsa yang masih dalam dada.
Gua kasi lu dengar lagu nih.
Lagu Anuar Jen.



Katanya: Lagu ni OST filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Tapi semalam sepicing pun gua tak dengar lagu ni dalam filem tu...

Kejap.
Sepicing tu mende sebenarnya...?





.

Monday, March 14, 2011

Bertukar. Patutkah...?

Lu bosan tak tengok template hitam putih gua nih..?
Gua ingat nak tukor template baru yang berkonsepkan anak dara - anak dara lah pulak.
Lu rasa macam mana...?

Ke konsep lanun-lanun baru sedap...?





.

Sunday, March 13, 2011

Blog Gua Kena Removed

Ada sesiapa pagi tadi masuk blog gua, sekali dia kabor blog gua kena removed?
Ada?
Tak ada sudah.

Gua dah gila saspen dah.
Gua terus meroger kawan-gua-yang-suka-cari-gaduh-dengan-gua mintak dia tengok.
Sebab gua nak solat subuh dulu.
Dekat pukul 7 baru nak subuh.
Gua memang keji.

Lepas solat gua kasi godek blog gua.
Gua bohong.
Tak dan solat sebenarnya gua dah godek.
Gua ikut arahan dia ke arah mengaktifkan semula blog gua.
Akhirnya berjaya.
Dah selesai urusan blog baru gua solat.
Double kejis.

Kenapa kena removed?
Katanya: ada aktiviti pelik di blog gua.
Kah kah kah kah...
Barangkali akibat direfresh banyak kali kerana mengejar angka 66666 gamaknya.
Hambik kau.
Padan muka.
Buat lagi tawaran macam-macam.

Dan.
Pemenangnya adalahhhhhhhh....

Dia

Mati la gua nak kena cari hadiah yang sesuai untuk lelaki.
Gua bajet pompuan yang menang.

Apa-apa pun tahniah ye Nyu.
Kalau gua kasi hadiah air laut lu suka gaknya kan...?
Boleh berenang-berenang...

Ok.
Gua nak masak jap.
Masak tengahari.
Gua ingat nak masak lemak ayam dengan jering.
Pernah makan?
Tak pernah sudah.

Masak lemak ayam dengan jering ni orang Jerman bangsawan je yang makan.
Percaya..?
Tak percaya sudah...!




.

Friday, March 11, 2011

66666 Pulak

Masa gua menaip entri ni kaunter gua menunjukkan angka 63882.
Tetiba pulak bergerak laju gua rasa.
Pehal yek...?

Oleh kerana Encik Penyubiru telah membuat pengakuan.
Bahawa beliau telah mendapat angka 60000 tetapi tak sempat print screen.
Maka cenderahati-yang-datang-dari-hati-gua telah dipinda ke angka 66666 secara rasminya bermula saat ini.

Gua tiup wisel sekarang.

Proootttt.... Preeeeeeettttttttttt.....



Selamat Berjuang.







.

Thursday, March 10, 2011

Entri Sokabor-sokabor

PTPK kesan peminjam melalui Facebook


KUALA LUMPUR: Laman sosial Facebook yang popular sebagai laman menambah kenalan, kini dipelbagaikan fungsinya apabila Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menggunakan medium berkenaan untuk mengesan peminjam yang gagal membayar semula pinjaman.

Alternatif baru itu dilaksana sejak Februari tahun lalu turut berjaya mengesan 1,460 peminjam yang aktif berinteraksi dengan pengurusan PTPK, malah 660 orang daripadanya mula membayar semula pinjaman masing-masing berjumlah RM88,046.

“Alternatif ini kita guna mengikut saranan kerajaan yang mahukan agensi lebih kreatif dalam perkhidmatan dan atas sebab itu sejak tahun lalu kami membangunkan Facebook, Twitter dan blog sendiri, sekali gus dapat merapatkan peminjam dengan PTPK..."


disedut dari: hmetro (link maleh bubuh)






Kiranya.
Ni la first time gua bubuh entri sokabor-sokabor ye dak...?
Sungguh mencemar duli nari.

Dah baca blom?
Bagi baca sedas.

Gua syak la kan.
Mana-mana makhluk yang pesen malas bayar balik pinjaman tu.
Gua kata malas ok.
Malas bermaksud: ko dah kerja gaji rib-rib belakang duit pinjaman tak reti-reti nak bayar.
Mau tukar nama terus kat FB sebelum dikesan dek orang PT_PK.

Bajet nama Jamaluddin Ahmad dan-dan jadi Sesumpah Jadian.
Bajet nama Laila Sulaiman dan-dan bertukar jadi Pulut Kelapa Cicah Ikan Masin.

Pulut kelapa cicah ikan masin..?
Huishhh... Sedap benar tu...!





[Nota: Siapa dapat no 60000 semalam hah...?]



.

Wednesday, March 9, 2011

Tawaran: 60000

Ni gua saja-saja je la.
Nampak tak kaunter belah kanan tu?
Masa gua menaip entri ni.
Nombor pada kaunter tersebut adalah 59153.
Ok. Ni gua nak buat satu tawaran.
Sesiapa buka-buka blog gua dan kaunter tu tunjuk angka 60000.
Sila print screen.
Then letak la kat blog ke... mana-mana ke...
Dan tunjuk ke gua.
Gua nak beri sesuatu.
Cenderahati dari gua.
Gua seriyes ni.

Ok.
Ni cerita lain pulak.

Layan dulu video nih.
Gua nak cerita la.
Gua dulu sangat suka ke mak cik Shania Twain nih.
Suara sedap.
Orangnya sikit punya lawa.
Korang tengok.
Dia buat rambut stail mop pun nampak lawa.
Kalau rambut asal dia laaaaaagi la lawanya.

Dulu.
Lebih kurang 12 tahun dulu.
Gua gila layan lagu nih...





Errr...
Sebenarnyakan...
Malam tadi kan...
Mamat-yang-tak-berjodoh-dengan-gua datang dalam mimpi gua...

Deymn!

Terganggu jiwa gua nari...






.

Sunday, March 6, 2011

Melaka Maju 2010. Biawak Maju 2011

Gua cuci pinggan.
Mata pandang ke luar rumah.

Gua nampak seekor biawak.
Gua kasi nama biawak A.
Rilek-rilek meronda atas jalan raya.

Tiba-tiba biawak A kelam kabut  lari masuk longkang.
Kemudian gua ternampak seekor lagi biawak.
Berlari sambil buat muka cangak-cangak.
Oooo... Biawak A takutkan seekor lagi biawak.
Gua kasi nama biawak B.

Kemudian.
Sepantas kilat gua nampak biawak B pulak mencicit lari hala ke baroh.
Tau baroh?
Tak tau sudah.
Gua pun main sedap jari je menaip baroh tu.

Rupa-rupanya biawak B pula diperambat oleh seekor lagi biawak bersaiz XL.
Gua namakan biawak C.
Sikit punya bergaya biawak C punya kekdah mengejar.
Macam polis.

Mendatangkan hairan juga kepada gua.
Macam mana bulih ada banyak benar biawak belakang rumah gua nih..?

Terlepas dari Taman Biawakkah?
Biasa ni... Ali Restam.
Buka taman biawak tak jaga elok-elok....










.

Thursday, March 3, 2011

Kenapa Nak Paksa Gua Tidur Nih...?

Masa gua kecik-kecik dulu.
Kadang-kadang gua adalah sangat tak faham.
Bila abah gua suruh gua dengan adik gua Ngah masuk tidur.
Padahal kami nak tengok tv.
Dah la rasa mengantuk sikit pun tak mari.

Oleh kerana dah kena perambat.
Mencicit jugalah masuk bilik.
Tau ke mencicit tu apa..?
Tak tau sudah.

Tapi.
Sekarang.
Gua dah faham!

Cerita pasal tidur.
Gua teringat ke zaman tu. 
Satu perangai gua.
Asal nak tidur, mesti nak dengar cerita dulu...
Memang abah gua la yang jadi mangsa.
Dan ini adalah cerita abah gua yang paling gua tak lupa.

Ceritanya begini..

'Satu masa dulu. Ada 2 ekor anak tikus. Sekor jantan. Sekor betina. Tetiap malam anak tikus suruh bapak tikus bercerita sebelum tidur. Oleh kerana bapak tikus letih, bapak tikus pun tidur...' . kata abah gua.

Dan abah gua pun pejam mata.
Gua dan Ngah sikit punya lama tunggu dia sambung cerita, dia tak buka-buka mata.
Kami naik hangen sudey.
Kami godak abah.

"Cepat la cerita bah..." - gua.
"Ni tengah cerita la nih... Bapak tikus tu tidur..." - abah gua balas. Lepas tu dia sambung tidur.

.

.

.

.

.

.

Sedar-sedar.
Dah pagi....






.

Wednesday, March 2, 2011

Subhi Apakah?

Semalam Darren kata tak payah masak.
Makan luar.
Gua joget dalam hati.

Makan di restoran Salam ke hape ntah namanya.
Nama restoran ingat-ingat tak ingat.
Lapar punya hal.
Di Bukit Katil.
Tau Bukit Katil?
Tak tau sudah.
Depan sikit dari restoran D 'Nangka.
Tau restoran D 'Nangka?
Tak tau sudah.

Orang ada 3.
Order makanan untuk 2 sahaja.
Budak-bulat-cakap-banyak tu kata dia dah kenyang.
Makan apa gua tanya.
Makan beger kat sekolah agama.
Berapa gua tanya.
Dua kata dia.
Patut la pun.

Kami mintak.
Sotong goreng tepung.
Kailan ikan masin.
Tomyam campur.
Nasi mintak 2.
Tapi bila makanan sampai kami pulangkan satu.
Sepinggan nasi punyalah banyak.
Bajet perut orang kerja kontrak.
Mintak pinggan kosong satu.
Nasi kita kongsi.
Air: Jus oren + Teh O limau panas + air suam.

Agak-agak: Berapa hengget kami kena bayar untuk makanan tersebut...?.








[Ilham nak menaip entri ni datang semasa gua nak solat maghrib semalam. Gua angkat takbir. Usalli farda Subhi..... Syaiton memang jahanam!!!!]





.

Tuesday, March 1, 2011

Semua Nak Cepat

Langit-langit gua melecet.
Puncanya.
Semalam.
Makan mihun ladna.
Benda alah tu panas lagi.
Gua dah masuk mulut.
Akibatnya.
Langit-langit luka.
Dan.
Mihun panas tu gua luahkan.
Dah sejuk sikit.
Gua makan balik.
Eeee..
Sungguh yeyek!

Ini semua gara-gara nak cepat.

Gua memang tak suka buat kerja lengah-lengah.
Kalau boleh semua nak cepat.
Makan nak cepat.
Berjalan nak cepat.
Memandu nak cepat.
Memasak nak cepat.
Mengemas nak cepat.

Pernah Darren tanya gua.
Pesal gua uk-uk cepat sangat.

Apa masaklah dia yang pergi timing  berapa lama gua buat pelaburan pun gua tak berapa nak paham....








Ini semua salah kerajaan!
Ehh??




.