Ini blog sampah!

Thursday, September 29, 2011

Kisah Gua Dan Anjing Yang Gua Sakat

Setelah berbulan-bulan gua meninggalkan ibadah joging.
Khamis lepas gua mula balik.
Juga hari ni.
Harap dapat berjoging setiap minggu.
Walau seminggu sekali je.

Gua joging di Rimba Park TTU.
Trek joging adalah mengelilingi tasik.
Sekali pusing tasik lebih kurang 600 meter la gua rasa.
Dan gua wajibkan diri pusing 10 kali.
Baru boleh balik.

Minggu lepas gua pusing 11 kali.
Minggu ni 9 je.
Tetiba rasa malas.
Dasarrrrrrr....

Ceritanya.
Minggu lepas.
Masa gua joging.
Ada lah seekor anjing menyalak kemahen kuat bila gua lalu balik-balik belakang rumah dia.
Anjing tu dalam kawasan rumah tuan dia.
Tak berikat tapi tak boleh keluar.
Berpagar.

Asal gua lalu.
Dia salakkan gua.
Macamlah gua ni perompak.
Bulih mari juga niat nak merompak bila anjing tu dah galak sangat menyalak gua.

Oleh kerana gua dah kecik hati benar dengan anjing tersebut.
Gua tunjuk penumbuk.
Sebenarnya.
Anjing tu tak la berdosa apa ke gua.
Cuma gua kecik hati la dah dia salakkan gua.

Dia salak.
Gua tunjuk penumbuk.
Dia salak.
Gua tunjuk penumbuk.
Gua syak dari dia tak kenal gua.
Jadi kenal gamaknya sebab gua asyik tunjuk penumbuk ke dia.

Sambil tu.
Gua joging jugalah.

Satu pusingan.
Dua pusingan.
Tiga pusingan.
Empat pusingan.
Lima pusingan.

Masuk pusingan keenam.
Gua nampak anjing tu dah berlari keluar dari kawasan rumah tuan dia.

Alaaaaaaa.... Apsal lu keluar ni anjing...?






.

Sunday, September 25, 2011

Ahad: 12.46 a.m

Kalian buat mende?
Gua baru selesai buat kerja pejabat.


Heh!

.

Wednesday, September 14, 2011

Gua Adalah Super Sibuk

Akibatnya.
Blog adalah terabai.












Ada gak rasa nak upah Bangla kasi hapdet blog nih....


.

Friday, September 9, 2011

Gua Adalah Seorang Perempuan Yang Berfikiran Sedikit Jantan

Memang cara gua.
Dalam tindakan gua.
Gua memang tak suka nak cerita.
Kenapa gua buat itu.
Kenapa gua buat ini.
Kenapa mesti begitu.
Kenapa mesti begini.

Gua lebih suka diam.
Dan satu je yang gua harap.
Tolonglah fahami gua.
Atau.
Sekurang-kurangnya.
Belajar untuk fahami gua.

Jangan terlalu mendesak.
Gua semak.








Sorilah kawan-kawan.
Ini entri melepas perasaan.
Kepada kawan...

.

Thursday, September 8, 2011

Pergi Padang Besar


Gua beli skirt.
Tak pernah-pernah gua pakai skirt sebenarnya...

Gua syak.
Ini semua angkara:-

1. Hormon perempuan terlebih rembes.
2. Gua dirasuk jin Siam. Jahanam betul.

Tapikan.
Rupa-rupanya.
Bulih tahan jelita jugak gua ni kalau pakai skirt...







Ok la.
Ok la.
Tak payah la nak mintak-nyawaaaaaa sangat...!

:p




.

Wednesday, September 7, 2011

Ada Yang Menumpang

Satu masalah yang gua alami dari dulu ialah.
Bila gua tinggalkan rumah gua dalam tempoh yang agak lama.
Seminggu misalnnya.

Bila gua pulang ke rumah.
Gua dapat rasakan ada sesuatu.
Sesuatu yang sungguh sesuatu.
Tak tau nak kabor macam mana.

Ahad.
Sekembalinya gua dari Teluk Intan.
Malam.
Darren keluar ada hal kerja.
Gua baru nak solat maghrib.

Budak MC berlari masuk bilik.
Dia nampak bayang katanya.

Sebagai mak-mak.
Gua buat-buat rileks.
Walau dalam hati dah mari rasa nak seram-seram.
Tak ada apa tu...
Gua kata.

Dan malam tu.
Gua didatangi perkara yang sama macam sebelum-sebelum ni.
Dalam tidur gua.
Gua rasa ada benda yang datang dekati gua.
Gua dapat rasa aura makhluk apa ntah yang gua tak nampak mukanya.

Cepat-cepat gua bangun.
Dengan dada yang berdebar-debar.
Setiap kali kes ni jadi.
Gua mesti sedar dari tidur dengan dada berdebar macam kejar dek anjing.

Gua semak sebenarnya bila dada berdebar nih...

Heh.




.

Monday, September 5, 2011

Kisah Merisik

Sabtu.
Raya ke-5.
Gua dan adik-beradik serta keluarga.
Pergi ke sempadan Kodiang-Perlis-Bukit Kayu Hitam.
Merisik seorang anak dara.
Untuk adik gua Abang Chik: Nazer.

Buat julung kalinya.
Darren dilantik untuk menjadi jurucakap.
Dah dia jantan paling tua dalam keluarga gua.
Nak tak nak.
Rela tak rela.
Kena jugak.
Ahaks.

Darren mengadap orang tua-tua belah perempuan.
"Saya... bla bla bla... Merisik... bla bla bla... Untuk adik ipar saya. Nazif....".

"Hah...??? Nazif...???!!!!..", jerit Ida.
Dan kami kahkahkah beramai-ramai.

Orang lain.
Memang tau Darren tersilap sebut nama.
Tapi masing-masing buat rileks sahaja.
Kecuali Ida yang ter-hah??

Sebab.
Nazif tu adik gua Ngah.
Dan Ida tu bini dia.

Haha.



.